Connect with us
Hot FM

Viral

Terima Surat Dari Penjara, Ustaz Ebit Lew Bergegas Hantar Bantuan

Terima kasih Ustaz Ebit Lew…

Published

on

Nama Ustaz Ebit Lew sudah cukup terkenal dengan aktiviti kemanusiannya membantu ramai golongan kurang berkemampuan di Malaysia.

Pada 8 Oktober, Ustaz Ebit Lew telah membuat satu perkongsian di Facebook miliknya memberitahu bahawa dia telah mendapat surat daripada pihak Penjara HQ dan Penjara Pokok Sena yang memohon bantuan bagi warga penjara di sana.

Seperti sedia maklum, kebanyakan kes harian Covid-19 yang dicatatkan datangnya dari kes penjara, antaranya ialah Penjara Alor Setar, Pulau Pinang, Tawau, Pusat Koreksional Kamunting, Pokok Sena dan Penjara Wanita Kajang.

Surat yang diterima itu membuatkan Ustaz Ebit Lew tersentuh, sehingga membuatkan dia bergegas untuk membeli kelangkapan yang diminta oleh warga penjara di sana.

Antara barangan yang dibeli untuk keperluan banduan di sana ialah tilam, bantal, tuala, cadar, kipas, barang makanan dan keperluan asas yang lain.

Ya Allah selamatkanlah dan permudahkanlah buat warga penjara pokok sena dan Alor setar. Ya Allah selamatkan saudara kami di seluruh Sabah. Selamatkanlah kami semua ya Allah…

Pada masa yang sama Ustaz Ebit Lew turut berharap agar lori yang menghantar bantuan selamat sampai ke destinasi kerana dia tidak dapat turun padang ke sana.

Orang awam memberi pujian atas tindakan pantas Ustaz Ebit Lew dan turut mendoakan kesejahteraan beliau agar dapat terus memberi bantuan kepada orang yang memerlukan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest