Connect with us
Selamat Hari Raya

Onz

“Terima kasih Sebab Khianati Aku” MK KClique Dedah Pembantu Peribadi Ambil Job Belakang Tanpa Pengetahuannya

MK mendedahkan bekas pembantu peribadinya telah mengambil job belakang tanpa pengetahuannya dan beliau tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut sehingga baru-baru ini.

Published

on

Baru-baru ini penyanyi rap terkenal iaitu MK K-Clique memuat naik status hantaran di laman Instagram kesal dengan sikap pembantu peribadinya (PA) yang mengkhianati beliau di belakangnya.

Menurut MK, PA yang dikenali sebagai Mohd Hazeeq @ Kojek telah mengambil job di belakang tanpa pengetahuannya sehingga menyebabkan ramai yang menyangkakan MK mengambil wang mereka tanpa membuat ‘job’ yang telah dibayar itu.

Memuat naik status di laman Instagram, MK mendedahkan bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut sehingga baru-baru ini.

Tidak mahu perkara ini lebih rumit, MK memohon kepada semua pihak yang telah ditipu oleh bekas pembantu peribadinya itu untuk tampil membuat panggilan dan selesaikan bersama beliau dengan cara baik.

Malah MK juga telah memadam hantaran yang di muat naik itu dan menggantikan dengan hantaran memohon maaf beberapa jam kemudian kerana secara tidak sengaja perkara itu telah menjadi besar hingga melibatkan ramai pihak.

Kami di Hot FM mendoakan semoga kes ini dapat diselesaikan dengan cara baik.

Sumber : Instagram Hairiwhuut

Baca artikel berkaitan : MK Bakal Berlakon Dengan Mira Filzah, Tapi Ramai Yang Mahukan Nabila Razali Jadi Heroin

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest