Connect with us
Selamat Hari Raya

Onz

[TERKINI] Dituduh Merogol, Da’i Syed Tampil Membuat Laporan Polis

Semoga kebenaran terungkai…

Published

on

Hangat diperkatakan di rata-rata laman sosial hari ini mengenai seorang pendakwah dan juga bekas peserta program Da’i Pendakwah Nusantara iaitu Da’i Syed yang disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh kepada seorang gadis.

Kenyataan itu didedahkan oleh seorang gadis di laman sosial Twitter yang mengatakan salah seorang rakannya telah dirogol oleh Da’i Syed ketika dia mengikuti pendakwah itu pulang ke rumah.

Tampil mempertahankan dirinya, Da’i Syed bertindak membuat laporan polis terhadap pertuduhan yang dikenakan dan tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai  perkara itu.

“Salam, tiada komen apa-apa dari saya.” tulis Da’i Syed

Menurut laporan polis yang dibuat, Syed berkata dia berada di Damansara Perdana ketika pertuduhan itu dilemparkan terhadapnya dan tegas memberitahu bahawa dia tidak mengenali gadis dan juga rakannya yang menuduh itu.

Jelasnya perkara itu merosakkan reputasinya kerana ia adalah pertuduhan yang sangat berat dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah sekiranya individu berkenaan tidak membersihkan namanya.

Dalam pada itu, gadis yang memuat naik ciapan tentang pendakwah itu turut menyeru semua mangsa agar tidak  berdiam diri dan tampil membuat laporan polis.

Sebelum ini, gadis itu memuat naik ciapan mendakwa Da’i Syed telah merogol rakannya sehingga menyebabkan ramai ‘mangsa’ beliau tampil membuat pengakuan juga.

Ini adalah conversation salah seorang daripada mangsa :

Tidak pasti sejauh mana kesahihan kisah ini, sama-sama kita tunggu kebenaran terungkai dan minta semua jangan menyebarkan berita palsu.

Cerita lanjut menyusul.

 

Baca artikel sebelum ini : Dituduh Bawa Balik Gadis, Netizen ‘Spill Tea’ Da’i Syed Pernah…

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest