Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Thread Putus Tunang Ada Banyak Plot Twist Sampai Bongkar Kisah Silam, Ini Pengakuan Tuan Empunya Badan

Lepasni sesiapa bertunang diam-diam je okay!

Published

on

Niatnya mahu memberi pengajaran kepada orang lain yang sudah ada perancangan untuk membina rumah tangga, akhirnya diri sendiri ‘tercyduk’ selepas cerita sebenar mula tersebar.

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Zuhaily Razali ada kongsikan thread pendek pada 19 Oktober lalu berkaitan kisah putus tunangnya yang penuh tragis.

Menurut Zuhaily, dia bukannya mahu mengaibkan bekas tunang, tetapi lebih kepada ingin memberi peringatan kepada semua orang.

Katanya, bekas tunangnya itu telah memaksanya untuk memutuskan tali pertunangan sehingga sanggup menjual cincin pertunangan mereka.

Wanita itu turut menabur fitnah tentang dirinya dan dengan bangganya menunjukkan kekasih baharu selepas mereka putus tunang walaupun ketika itu urusan masih belum selesai.

Tambah Zuhaily, disebabkan mereka bercinta jarak jauh, mungkin itu menjadi punca keretakan hubungan walaupun ketika itu dia sedang sibuk untuk mencari duit bagi hari bahagia mereka nanti.

Namun secara tiba-tiba ada kisah lain pula yang menyelit sehingga terdedahnya cerita sebenar sebalik kejadian putus tunang itu.

Seorang wanita di Instagram dikenali sebagai Misnaena memuatnaik beberapa bukti mengatakan Zuhaily sering kali mengganggu para gadis kononnya ingin berkenalan dengan mereka dan disebabkan itu netizen mula berang dengan Zuhaily kerana menabur fitnah terhadap bekas tunangnya.

Bukan itu sahaja, ada juga bukti mengatakan bahawa dia seorang yang gemar mencari wanita kononnya untuk berkerjasama bagi membuat video pendek bersama.

Dalam masa yang sama, pihak kami dapat menghubungi Zuhaily sendiri dan mendapatkan jawapan daripadanya selepas banyak cerita yang keluar berkenaan isu itu.

Katanya, semua yang dikatakan oleh netizen itu merupakan sikapnya yang dulu dan dia turut akui dia sudah berubah.

Sebenarnya memang silap saya sebab viral benda ni, ada je bincang dengan pihak sana. Tapi sebab ego, tak boleh nak bincang. Saya guna kuasa viral tapi bukan nak aib sebab dah sensored pun muka dia. Saya cuma kecewa bila perkara lama diperbesarkan sampai kenalan saya yang dah lama tak contact tokok tambah cerita.

Twit tu saya hanya nak keadilan untuk diri, bukannya nak orang buka tentang kisah silam saya. Saya padam twit tu atas permintaan ibubapa saya sebab taknak perkara tu berlanjutan.

Cuma sehingga kini, bekas tunang Zuhaily masih lagi tidak memberi apa-apa kenyataan tentang apa yang sedang berlaku.

Mungkin apa yang terjadi ini boleh dijadikan pengajaran buat semua orang yang mana tak semua perkara kita perlu luahkan di media sosial kerana masyarakat sekarang ini bagaikan sudah ada ‘kuasa’ untuk cuba mencari kisah sebenar atas sesuatu yang berlaku.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest