Connect with us
Hot Selebriti

Viral

Tiada Arahan, Rakyat Malaysia Seperti Jalani PKP Sendiri

Apa nak buat..

Published

on

Dengan jumlah kes yang semakin meningkat bermula awal minggu ini, rakyat Malaysia menanti jika perdana menteri akan mengumumkan PKP 2.0.

Netizen pun ada yang mengharapkan PKP dilakukan semula kerana risau nombor kes baru yang semakin hari meningkat, namun ada juga yang membantah kerana PKP akan memberi kesan kepada golongan yang perlu keluar mencari rezeki.

Namun semenjak beberapa kawasan diumumkan pernah dikunjungi pelawat yang positif ujian covid 19, pusat membeli belah terutamanya mula kosong tidak menerima kunjungan.

Image

kredit gambar: twitter @facktura

Netizen berkongsi gambar di Twitter menunjukkan situasi di pusat beli belah di Lembah Klang yang selalunya penuh tetapi kini hampir kosong tak dikunjungi dek kerana rakyat Malaysia takut mendedahkan diri dijangkiti Covid-19.

Tindakan rakyat Malaysia yang mengambil inisiatif sendiri harus dipuji, keluar bila perlu hanya dan ada urusan yang betul-betul penting sahaja. 

Bukan sahaja pusat beli belah kosong, banyak pejabat juga sudah memulakan inisiatif mereka dengan memberi arahan kepada staf untuk memulakan kerja dari rumah walaupun tiada arahan daripada pihak kerajaan.

Namun ada juga yang melihat perkara ini dari perspektif yang berbeza, terdapat komen di Twitter berkongsi jika situasi pusat beli belah terus menerima kurang kunjungan, akan ada pengusaha perniagaan yang akan gulung tikar.

Sudah semestinya ujian Covid-19 memberi kesan kepada banyak pihak, namun kita perlu mengadaptasi rutin yang baru untuk menghadapinya. Tahniah rakyat Malaysia!

 

Artikel ditulis oleh: Hanis Razak

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest