Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Tidak Tahan Dengan Bebelan Isteri, Lelaki Ini Panjat Menara Telekomunikasi Sejukkan Hati

Parah ni…

Published

on

Lain dari yang lain. Selalunya bila suami isteri bertengkar, perkara kebiasaan yang sering dilakukan adalah berdiam diri, tidur berasingan ataupun keluar dari rumah sebentar.

Tetapi lain pula dengan lelaki dari pekan Moradabad, Uttar Pradesh, India ini yang bertindak luar biasa apabila memanjat ke puncak menara pencawang telekomunikasi kerana muak mendengar bebelan isterinya.

Bosan isteri kuat membebel, suami panjat menara telekom untuk sejukkan hati - The Reporter

Lelaki yang dikenali sebagai Tejpal Singh itu bertindak demikian untuk menyejukkan hatinya yang panas gara-gara pertengkaran dengan isterinya.

“Saya muak dengan isteri saya. Dia cuba mengenakan saya dengan pelbagai tuduhan palsu,” katanya.

Lebih mengeruhkan keadaan, dia enggan turun apabila diminta orang ramai yang melihat kejadian. Alahai, kesian pula melihatnya.

Tejpal turut berkata, dia tidak mahu meneruskan hubungan itu lagi.

“Saya rasa mahu memutuskan hubungan ini,” kata Tejpal memetik laporan berita tempatan.

Man climbs mobile tower after fight with wife | Man climbs mobile tower after quarrel with wife, persuaded to come down | Trending & Viral News

Tidak mahu perkara berlaku di luar kawalan, pihak berkuasa tempatan dan polis menyelamatkan lelaki itu dengan meyakinkannya untuk turun dari menara pencawang telekomunikasi itu.

Ini adalah perkahwinan kedua Tejpal dan pasangan itu sudah banyak kali bertengkar mengenai beberapa isu. Kejadian itu turut mencetuskan reaksi netizen sehingga trending.

Semoga tabah ya Tejpal!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest