Connect with us
Hot Selebriti

Viral

TikTok Kahwin Muda Jadi Isu, Sharifah Zarina Sekali Lagi Dihentam Netizen

Alamak…

Published

on

Penyanyi yang sebelum ini popular dengan lagu Langit Ke 7, Sharifah Zarina sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila memuat naik satu video di akaun TikToknya seperti mahu menyampaikan mesej kepada remaja di luar sana supaya jangan takut untuk kahwin awal sepertinya.

“Jangan risau kahwin di usia muda”- tulisnya di video Tiktok

Di dalam video itu, Zarina berkata, dia berkahwin pada usia 21 tahun dan mendapat anak pada usia 22 tahun.

Mereka juga selalu bermain TikTok bersama dan sering dikatakan seperti adik-beradik.

Video TikTok itu dikongsi kembali oleh salah seorang pengguna di Twitter sehingga mendapat ribuan ulang ciapan.

Perkara itu sekali gus mengundang kecaman warganet yang menganggap perkara itu tidak sepatutnya dinormalisasi kerana perkahwinan adalah satu tanggungjawab berat yang harus dipikul apabila betul-betul sudah bersedia bukan sekadar bermain TikTok.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Zarina.

Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Zarina kepada para remaja di luar sana adalah jangan takut untuk kahwin di usia awal kerana ada pelbagai perkara yang boleh dilakukan sama-sama bersama anak mereka ketika di usia muda.

Wallahhuallam.

Apa-apa pun jangan cepat menghukum seseorang okay guys?

 

Baca artikel sebelum ini : Netizen Report Video Sharifah Zarina, Pihak Kafe Bakal Keluarkan Saman Fitnah…

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest