Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Tular Video Buang Sampah Dalam Sungai, ‘Pontianak’ Malaysia Dah Mengamuk!

Aiyok, Maya Karin dah marah…

Published

on

Nama pelakon Maya Karin sangat sinonim dengan dua perkara, pertama sekali ialah beliau merupakan satu-satunya ‘pontianak’ Malaysia dan kedua beliau sangat terkenal dengan aktiviti kemanusiaan menjaga kebersihan alam sekitar.

ZULKEFLI HASSAN (@ZulkefliHassan5) | Twitter

Sebagai seorang pejuang kebersihan alam sekitar, pastinya Maya tidak akan mendiamkan diri sekiranya ternampak mana-mana individu yang membuang sampah merata-rata sehingga merosakkan alam.

Semenjak 5 Januari lalu, tular di media sosial satu video pendek menunjukkan seorang wanita dengan tanpa segan situ telah membuang sampah ke dalam sungai melalui tingkap keretanya.

Perbuatan tidak bertanggungjawab wanita itu telah mencetuskan kemarahan orang ramai serta Maya sendiri.

Menerusi laman Twitter, pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam itu berasa berang selepas melihat video berkenaan.

Kemarahan Maya turut menerima sokongan daripada ramai netizen dan sempat berseloroh meminta agar darah ‘pontianak’ di dalam diri Maya dapat menghantui wanita tersebut.

Namun menerusi posting di Facebook milik Rizal Hakimm Punyer, wanita tersebut telah tampil memohon maaf dan memberitahu bahawa dia tidak membuang sampah, sebaliknya membuang barangan saka.

ASSALAMUALAIKUM WBT..

BERKENAAN DGN VIRAL SEBUAH KERETA BERHENTI ATAS JAMBATAN TOHOK SAMPAH KE DALAM SUNGAI..SATNI…

Posted by Rizal Hakimm Punyer on Tuesday, January 5, 2021

Tidak diketahui sama ada perkara itu sahih atau tidak tetapi ia bukan alasan untuk kita membuang sampah merata-rata lebih-lebih lagi ke dalam sungai!

Sumber foto dan video: Twitter Maya Karin

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest