Connect with us
Selamat Hari Raya

Viral

Tular Video Pemuda Kena Saman Sebab Meniaga Carboot, MB Selangor Setuju Untuk Beri Bantuan

Semoga dipermudahkan

Published

on

Tidak dinafikan rakyat Malaysia ini memang ramai yang berhati mulia dan sanggup untuk membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.

Sejak 10 Oktober lalu, tular satu video di Twitter menunjukkan seorang pemuda telah disaman oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di atas kesalahan berniaga tanpa lesen.

Pemuda tersebut yang dikenali sebagai Azri itu merupakan seorang pelajar universiti dan menurut video berkenaan memberitahu bahawa dia berniaga bertujuan untuk membayar wang pendaftaran kemasukan ke universiti kelak.

Selepas kira-kira setengah jam berniaga carboot, dia telah dihampiri oleh pihak MBSA lalu mengeluarkan saman terhadapnya.

Ramai netizen berasa berang dengan tindakan pihak berkuasa berkenaan kerana tidak memberi peluang kepadanya yang sedang memerlukan wang tambahan.

Namun apa nak dibuat kalau itu memang tugas mereka sebagai pihak berkuasa.

Rezeki mereka di saat akhir apabila perniagaan mereka laku habis selepas kejadian saman berkenaan mendapat perhatian pengunjung di sekitar kawasan berkenaan.

Disebabkan tularnya video berkenaan, pihak Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari telah menghubungi Azri bagi memberi bantuan supaya dia dapat terus berniaga di sekitar Shah Alam.

Lebih menyentuh hati apabila dihujung video berkenaan muncul seorang wanita yang memberi semangat kepada mereka untuk terus berniaga bagi mendapatkan wang halal.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest