Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Viral

Tunjuk Aksi Cekau Tikus Liar Guna Tangan, Wanita Ini ‘Dipinang’ Ramai Jejaka

Muat naik video bantu menangkap tikus liar, keberanian wanita ini jadi perhatian ramai

Published

on

“Memang benar wanita lah pemangkin dunia ini… Lelaki setakat aku ketuk, aku ketuk…Alahai…Soal gempaq serah pada mereka…😉”

Siapa sangka, stigma terhadap wanita yang sering terlihat ayu dan perwatakan ‘lemah’ sebenarnya mempunyai keberanian mereka tersendiri apabila tular di media sosial mengenai sebuah video pendek adengan penangkapan tikus liar yang dilakukan oleh seorang wanita manakala si jejaka pula terlihat sedang memegang sebatang penyapu.

Keberanian yang ditampilkan oleh wanita terbabit mendapat pujian ramai kerana terlihat lebih tenang malah tangkapan yang disasarkan mengena tepat tanpa perlu adengan panik.

“Dia berdiri kat situ macam berlakon jadi patung, sekali macam tu je dia ambik😂”

Rata-rata pengguna Twitter meluahkan rasa kagum dan berpendapat wanita tersebut layak dijadikan calon isteri serta layak digelar Wonder Women sebenar.

“Aku yang lelaki ni pun boleh tiba-tiba jadi pondan kalau nampak tikus…macam mana dia boleh berani pegang tikus kot dan macam pegang anak kucing je… tapi jangan lupa sanitised tangan tikus bawak banyak penyakit oii…”

Di samping keberanian yang mungkin menjadi ‘inspirasi’ buat orang ramai yang tidak tahu untuk mengawal situasi ketika haiwan liar yang tiba-tiba muncul dalam keadaan tertentu, orang ramai tetap dinasihatkan untuk meminta bantuan pihak yang berkelayakan atau menghubungi pakar kawalan haiwan perosak untuk mengelak dari sebarang jangkitan penyakit akibat pembawakan haiwan liar.

Tindakan untuk memegang haiwan liar secara langsung perlu dielakkan malah pematuhan mencuci tangan secara berkala dan sanitasi pembasmian kuman harus dilaksanakan agar penularan wabak berjangkit dapat dihentikan.

Apa-apa pun, “berani…berani juga…” kebersihan dan keselamatan diri harus tetap menjadi keutamaan anda.

Ditulis oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: @aqqillarose

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest