Connect with us
Geng Pagi Hot

Viral

Tya Arifin Kongsi Video Memasak, Tetapi ‘Entiti’ Lain Pula Yang Menjadi Perhatian

Hey comelnya!

Published

on

Semenjak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada 13 Januari lalu, ramai rakan selebriti dilihat mula memuat naik video-video masakan sebagai mengisi masa lapang mereka.

Antara yang tidak terlepas berkongsi resipi dan video masakan adalah usahawan dan pelakon, Tya Arifin!

Tya baru-baru ini telah memuat naik dan berkongsi satu video masakan Lemon Butter Cake berserta resipi di laman Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

Berikut adalah resipi seperti yang dikongsikan di laman Instagram beliau :

“Lemon Butter Cake by Tya

Bahan bahan :
230 gr Butter
200 gr Gula Pasir Butit
4 btr Telur
1 sdt Essens Vanilla
260 gr Tepung Gandum
1 sdt Baking powder
1/4 sdt Garam
1 sdm Kulit lemon parut (campur bareng tepung)
60 ml Air peresan lemon

Lemon Glazing (Aduk jadi satu) :
50 gr Gula Halus
3-4 sdm air Lemon (kental/encer sesuai selera)

Cara Memasak nya :

1. Kocok butter dan gula sampai mengembang pucat creamy (ini tahap yang penting untuk buttercake)
Empuk atau smooth lembut dari sini,bantet atau keras juga dari sini .
So ibuhebat pastikan lama ya, dan menyatu.
( boleh tengok di youtube channel tya macam mana teksturnya)

2. Masukkan Essens vanilla, lalu masukkan telur Satu persatu sambil terus dikocok ya..
Tiap masukkin telur tunggu telur sebelumnya kecampur rata.
Jangan sekaligus semua dimasukkan.

3. Turunkan speed mixer, masukkan campuran tepung (Terigu+ baking powder + garam) bergantian dengan Air Lemon sampai rata.
Awali+akhiri dengan tepung gandum.

4. Tuang dalam loyang yang sudah dialasi kertas.
Panggang dengan suhu 180 derajat ksekitar 35 menitan / atau adonan dah tak basah , cek guna lidi ya. sesuaikan suhu oven masing2 ya ibuHebat.

5. Hasil nya kalau masak, bagian tengah akan crack, masa setengah masak Tya letak hirisan lemon.

6. Setelah masak, angkat, diamkan suhu ruangan, dan olesi glaze ( air lemon + gula serbuk halus) diatasnya

7. Sudaaaah jadi deh”

Di dalam keseronokan melihat Tya membuat kek berkenaan, ada pula entiti comel yang turut sama belajar membuat kek bersama Tya!

Siapa lagi kalau bukan anaknya, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa yang dilihat turut sibuk membantu ibunya membuat kek berkenaan.

Nampaknya keletah mereka berdua menarik perhatian sehingga ramai warganet turut terhibur melihat mereka.

Alahai comelnya lah mereka berdua ni.

Resipi yang dikongsikan pun macam menarik, boleh cuba ni!

 

Sumber : Instagram Tya Arifin

 

Baca artikel sebelum ini : Lancar Lagu Baharu ‘Bagaikan Mutiara’, Tya Arifin Bukan Meniru Tokti

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest