Connect with us
Hot FM

Viral

Video Lama Ditularkan Kembali, Dr Say Shazril Perjelas Isu Sebenar “Jahitan Lebih Untuk Suami”

Video tersebut telah ditularkan semula sehingga membangkitkan ketidakselesaan ramai orang, jadi beliau tampil memberi penjelasan.

Published

on

Kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai “husband stitches” atau bahasa mudah, “jahitan suami” iaitu suami meminta doktor untuk melebihkan jahitan di bahagian vagina isteri yang terkoyak ketika melahirkan anak untuk kepuasan mereka bersama selepas isteri bersalin.

Pernah memberi pendapat di dalam sebuah rancangan televisyen pada tahun 2018 mengenai perkara ini, nama Dr Say Shazril kembali menjadi sebutan dan disalah anggap kerana kenyataan yang pernah dibuat oleh beliau di dalam rancangan tersebut.

Tampil menjelaskan apa yang dimaksudkan, Dr Say memuat naik satu hantaran berserta kapsyen panjang. Lihat hantaran di bawah ini :

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Menulis di ruangan kapsyen :

“Topic : Husband Stitch

First & foremost, hi @tehminakaoosji. It’s been a while since we last met. We did Celcom advertisement back in 2014 if u still remember. Anyway, I hope all is well on your side. Moving on to the serious part. Semalam nama sy naik di Twitter untuk video yg sy buat back in Feb 2018 untuk show Buruk/ Cantik. Video tu membangkit ketidakselesaan kerana di dalamnya ada sy bercakap mengenai jahitan selepas wanita bersalin normal yakni through SVD (spontaneous vaginal delivery). Ramai yg triggered kerana sy ada mentioned jahitan “ikut keperluan suami”.

Allow me to explain. To clear the air, sy tak maksudkan jahitan untuk “ketatkan” seperti yg ramai berprasangka because there is no such thing nor such request sepanjang sy bekerja sebagai houseman di jabatan sakit puan dulu. Kami diajar untuk jahit luka kemaluan wanita selepas bersalin back to its original state, back to its normal anatomy. No such thing as “jahit lebih dari perlu” atau “jahit ketat2”. Kalau ada di tempat lain yg practise “husband stitch” ni, im sorry but i am not aware of it malah yesterday was my 1st time hearing the phrase “husband stitch” tu.

“Dah tu kenapa doc cakap jahitan ikut keperluan suami?”. Apa yg sy maksudkan dengan jahitan ikut keperluan adalah jahitan yg rapi & kemas. Sebab sepanjang sy berkhidmat, kami banyak didatangi kes yg mana jahitan terbuka/ pendarahan tidak berhenti akibat jahitan tidak kemas maka it doesnt do justice to both the mother & husband. Dan kalau kalian tengok & dengar elok2 apabila salah seorang host bertanya “so suami boleh lah mintak ketatkan jahitan” pada minit ke 4:07, sy jawab “tak tak, tak boleh”.

Diharap penjelasan sy di atas dapat menjelaskan apa yg berlaku. Sy ingin meminta maaf sekiranya ada yg misinterpret statement sy. Terduduk sy dibuatnya pabila video 3 tahun lepas di-brought up balik. I know the privilege one has for their own body & i will never in my practise, tempered that privilege. Stay safe & take care peeps.”

Menurut Dr Say, video tersebut telah ditularkan semula sehingga membangkitkan ketidakselesaan ramai orang, jadi beliau tampil memberi penjelasan bahawa beliau hanya diajar untuk menjahit luka di kemaluan wanita selepas bersalin mengikut kemaluan asal, jahitan yang rapi dan kemas dan tiada istilah “jahit lebih dari perlu” seperti yang ditularkan.

Dr Say juga menegaskan bahawa perkara berkenaan tidak akan dipraktikkan oleh beliau dan memohon maaf jika ada yang tersalah anggap dengan apa yang disampaikan ketika rancangan tersebut disiarkan.

Sumber : Instagram Dr Say Shazril

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest