Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Viral

Video Menangis Makan Durian Diciplak Peniaga Lain, Sarancak Mahu Pihak Berkenaan Bertanggungjawab

Sarancak mendedahkan kepada umum bahawa durian yang dimakan itu adalah review jujur yang dibuat semata-mata untuk tatapan diri….

Published

on

Perasan tak, kebelakangan ini trend mengambil gambar atau video dari media sosial seseorang dan mendakwa itu adalah karya ataupun content mereka sendiri seakan menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang untuk ‘laku’ kan brand ataupun perniagaan mereka?

Perkara itu lah yang terjadi kepada pelakon, pengacara dan bakat digital Hot FM, Sara Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Sarancak baru-baru ini sehingga beliau meluahkan rasa kesal di laman Instagram terhadap sebuah kedai durian iaitu (@ezydurian) kerana menggunakan video dirinya sedang menyantap durian tanpa meminta izin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sarancak (@sarancak)

Menjelaskan perkara tersebut, Sarancak mendedahkan kepada umum bahawa durian yang dimakan itu adalah review jujur yang dibuat semata-mata untuk tatapan diri dan pengikutnya dan bukan di ‘sponsor’ seperti yang di claim oleh kedai berkenaan.

Malah, durian yang dimakan oleh Sarancak itu sebenarnya dibeli sendiri oleh beliau dari sebuah kedai di laman Instagram iaitu @kotak.durian dan bukan @ezydurian seperti yang dimuat naik oleh mereka di laman Facebook.

Tidak mahu videonya disalahgunakan, Sarancak tampil menghantar direct message (DM) kepada kedai durian berkenaan, meminta jasa baik mereka untuk menurunkan posting berkenaan dan mahu mereka meminta maaf secara terbuka bahawa posting itu bukan milik mereka atau tindakan lanjut akan diambil.

Sara Durian 2

Tampil membalas isu yang disuarakan oleh pengacara berkenaan, admin @ezydurian tidak menjawab mengenai mengapa beliau memuat naik video berkenaan, malah menceritakan tentang masalah peribadi mereka bersama @kotak.durian yang juga merupakan bekas staf mereka, yang dikatakan menggunakan ‘databased system ezydurian’.

“Sebenarnya watermark tu bukan kami buat pun… dapat sebaran dalam wasap, rupanya dari penjual lain”

Ramai yang tersalah anggap penjual tu masih bekerja dengan ezydurian…

so bila dia jual sendiri dan guna databased serta system ezydurian.. memang semua nampak sama dan tak pelik pun kalau pelanggan masih anggap dia bekerja dengan ezydurian” jawab admin berkenaan

 

Sara Durian 3

Makin rumit pula isu ini ya, rupanya pihak @ezydurian dan @kotak.durian mempunyai masalah dalaman yang tidak diketahui oleh pengacara tersebut.

Namun Sarancak menegaskan kepada admin berkenaan untuk tidak mencampur-adukkan urusan masalah dalaman mereka dengan isu beliau kerana ia sama sekali tidak ada kena mengena dengan pengacara tersebut dan pihak @ezydurian sepatutnya bertanggungjawab kerana video itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook mereka.

Harap Sarancak dan peniaga durian berkenaan dapat menyelesaikan isu ini dengan baik.

Dah jom kita makan durian dengan tenang…..

Sumber: Instagram Sarancak

Baca artikel berkaitan : “I Rasa Ini Yang Terbaik…” Muat Naik Video Menangis, Sarancak Dedah Cerita Mengejutkan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest