Connect with us
Projek Radio

Viral

[VIDEO] Penjual Aiskrim ‘Buat Hal’ Cabul Kanak-Kanak 14 Tahun, Undang Kemarahan Penduduk

Berani dia eh…

Published

on

Padah mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun, seorang lelaki warga Pakistan ‘dibelasah’ penduduk di Taman Seri Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang kerana berang dengan tindakannya itu.

Seorang warga Pakistan juga merupakan penjual aiskrim telah melakukan gangguan seksual… semakin menjadi2 sekarang ni… 😡😡 Untuk melihat video2 yg menarik, Follow, Like dan Share page #santaijergais

Seorang warga Pakistan juga merupakan penjual aiskrim telah melakukan gangguan seksual… semakin menjadi2 sekarang ni… 😡😡.. Menggigil tangan sambil rakam. Kena kat anak korang pasti gigil jgak gais. Tahan marah sangat ni. Kurang ajar betul. #santaijergais#hatihati#GangguanSeksualUntuk melihat video2 yg menarik, Follow, Like dan Share page Santai Jer Gaishttps://www.facebook.com/santaijergais/

Posted by Santai Jer Gais on Friday, 16 October 2020

 

Melihat kepada video yang dimuat naik di Facebook Santai Jer Gais, video menunjukkan suspek telah ditangkap dan sedang ‘disekolahkan’ oleh penduduk yang menangkapnya.

Sumber mendedahkan, kejadian berlaku ketika mangsa bersama adik perempuannya keluar membeli aiskrim yang dijual oleh suspek di hadapan rumah mereka.

Suspek kemudian didakwa memegang bahu mangsa sehingga menyebabkan mangsa terkejut dan mengundur ke belakang. Kemudian semasa mangsa ingin membayar, suspek bertindak memegang tangan mangsa lalu cuba menciumnya dan meminta nombor telefon mangsa.

Bukan itu sahaja, apa yang lebih mengundang kemarahan penduduk, suspek dikatakan menunjukkan sejumlah wang kepada mangsa seolah-olah menawar untuk ‘melakukan’ sesuatu. Suspek juga turut memberitahu kepada mangsa bahawa dia akan datang kembali esok hari di waktu yang sama untuk menunggunya.

“Harini saya datang pukul ampat, saya tunggu you punya arahan” – Dipetik dari video Facebook Santai Jer Gais

Mangsa yang berada dalam keadaan ketakutan terus berlari masuk ke kawasan rumahnya dan menutup pintu pagar. Tidak berdiam diri, mangsa menceritakan insiden itu kepada keluarganya, lantas orang awam yang marah dengan perbuatan suspek bertindak memukulnya.

Selepas insiden itu, suspek dikatakan cedera ringan di bahagian mulut dan telah dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan kemudian ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Akta Imigresen 1959 kerana kesalahan tiada dokumen perjalanan yang sah.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest