Connect with us
Selamat Hari Raya

Viral

[VIDEO] Wanita Panik Anak Terkunci & Tertidur Dalam Kereta, Orang Awam Bersatu Beri Bantuan

Video seorang ibu cuma mengejutkan anaknya yang tertidur dalam keadaan kereta terkunci mendapat perhatian ramai..

Published

on

Tiada ibu yang mahu melihat anaknya menderita atau disakiti apatah lagi sekiranya itu adalah satu-satunya cahaya mata yang dimiliki.

Terbaharu, tular satu video merakamkan kejadian seorang anak kecil terkunci dan tertidur lena di dalam sebuah kenderaan.

Umum mengetahui perkara tersebut amat membahayakan kerana pengudaraan tidak berlaku jika seseorang itu terperangkap dalam kereta.

Ini kerana, kejadian tersebut boleh menyebabkan seseorang itu hilang nyawa akibat kekurangan oksigen.

Menyedari perkara berkenaan, wanita tersebut bergegas mendapatkan bantuan orang awam samentara menunggu ketibaan pihak bomba:-

Menerusi video yang berdurasi 1 minit 47 saat itu, kelihatan bahawa seorang ibu sedang panik mengetuk tingkap kereta untuk mengejutkan anaknya yang tertidur lena.

Wanita itu bernasib baik kerana orang awam sedia membantu untuk mengejutkan anak perempuannya.

Sekumpulan orang awam bertindak menggoyangkan kereta tersebut supaya anak perempuan itu bangun daripada tidur.

Anak perempuannya kelihatan liat untuk bangun setelah kereta itu bergoyang berkali-kali.

Tidak lama kemudian sebaik saja dia bangun, dia kelihatan terkejut dan terpinga-pinga apabila orang ramai mengetuk cermin kereta supaya menyuruhnya buka tingkap.

Sehingga kini, video berkenaan telah meraih lebih daripada 700,000 tontonan selain pelbagai reaksi daripada netizen:-



Walaupun perkara tersebut sering berlaku di Malaysia, namun ia seolah-olah tidak memberi pengajaran buat ibu bapa lain untuk mementingkan aspek keselamatan.

Semoga video itu dapat membuka mata ramai pihak sekaligus menjadikan ia satu perkara penting untuk dititikberatkan.

Sumber video: Twitter Anthraxxxx

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest