Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Wakafkan Van Jenazah, Hafiz Mahamad Tak Sangka Jadi Kenderaan Terakhir Sahabat Baik

Sedihnya…

Published

on

Nama usahawan muda, Hafiz Mahamad mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi selepas banyak kisah kejayaannya menjadi inspirasi kepada ramai anak muda.

Sebelum ini, Hafiz ada memuat naik satu video menunjukkan beliau bergegas ke Kelantan untuk melawat sahabat baiknya yang jatuh sakit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Namun kini dikhabarkan sahabatnya yang bernama Loh telah menghembuskan nafas terakhir pada Subuh 22 Disember.

Disebabkan itu, Hafiz sekali lagi telah bergegas ke Kelantan bagi melawat jenazah sabahat baiknya itu dan seperti biasa Hafiz turut kongsikan video perjalanannya ke sana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Menurut bapa kepada seorang cahaya mata itu, beliau berasa bersyukur kerana dapat menjadi imam ketika solat jenazah diadakan.

Dalam masa yang sama, Hafiz turut tidak menyangka bahawa van jenazah yang pernah diwakafkan olehnya untuk kegunaan masjid kampungnya itu telah menjadi kenderaan terakhir buat sahabat baiknya itu.

“Ada hikmah sebelum ni saya ada wakafkan van jenazah di masjid kampung saya. Harini, saya gunakan van tu untuk bawa sendiri jenazah sahabat saya Loh.”

Ramai netizen turut merasai kesedihan yang dialami oleh Hafiz dalam masa yang sama mendoakan Allahyarham di sana.

Semoga Hafiz terus kuat menjalani hidup tanpa sahabat baiknya dan dapat terus membantu mereka yang memerlukan.

Sumber video: Instagram Hafiz Mahamad

Baca juga artikel sebelum:

Hafiz Mahamad Buktikan Erti ‘Sahabat’ Yang Sebenar

‘Aku Pastikan Kau Sihat, Kerja Dengan Aku’- Hafiz Mahamad Nekad Bantu Rakan Baik Sakit Strok Pada Masa Sama Isteri Pula Keguguran

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest