Connect with us
alt_img

Update

I Can See Your Voice Malaysia Kembali Lagi!

Program realiti hiburan yang mengambil konsep dan format program asal dari Korea Selatan I Can See Your Voice Malaysia kembali untuk musim kedua bermula 23 Jun ini pada setiap Ahad, jam 9 hingga 10.30 malam di TV3.

Published

on

Program realiti hiburan yang mengambil konsep dan format program asal dari Korea Selatan I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) kembali untuk musim kedua bermula 23 Jun ini pada setiap Ahad, jam 9 hingga 10.30 malam di TV3.

Bakal menampilkan penyanyi misteri bersama barisan artis jemputan tanah air, program itu menjadi bualan dan trending di platform digital YouTube sejak musim pertama.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak berkata, sambutan positif daripada penonton membuatkan tercetusnya idea untuk meneruskan program realiti ini kepada musim kedua.

“Sokongan penonton membuatkan TV3 meneruskan ICSYVMY untuk musim kedua dengan pembaharuan yang lebih segar bersesuaian dengan permintaan penonton hari ini,” katanya.

ICSYVMY 2 juga memberi peluang kepada mereka yang berminat dalam bidang nyanyian untuk menyungkil bakat terpendam.

“Program sebegini dilihat memberi peluang kepada mereka yang berminat dalam bidang nyanyian tetapi tidak mempunyai pengalaman mengekspreskan impian mereka menyanyi dalam program sebegini,” ujarnya lagi.

Jika dahulu musim pertama program itu di hoskan oleh Alvin Chong, untuk  ICSYVMY 2 akan dihoskan oleh Sean LJE bersama Shuk Sahar manakala tugas sebagai ‘penyiasat tetap’ pula masih lagi digalas oleh Jihan Muse, Mark Adam dan Seelan Paul sama seperti musim pertama.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest