Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

I Can See Your Voice: “Saya Memang Sengaja Nak Bagi Dia RM3000” —Erra Fazira

Gituuuuuh!

Published

on

Amboiiii, makin meriah nampaknya rancangan I Can See Your Voice Musim Ke-3 (ICSYVM3)  terutamanya episod semalam!

Untuk pengetahuan anda, program hiburan yang dihoskan oleh Shuk dan Sean LJE kini sudah masuk minggu keenam.

Untuk minggu ini, primadona Erra Fazira telah diundang untuk mencari penyanyi sebenar! Erra pada 22 Mac 2020 telah dibantu oleh penyiasat tetap iaitu Jihan Muse, Yusry KRU, Mark Adam dan penampilan istimewa Kamal Adli dan Eira Syazira sebagai penyiasat jemputan.

Pada akhir rancangan Erra telah tersilap pilih dan kemungkinan juga pelakon itu telah mendengar kata-kata bekas suaminya iaitu Yusry untuk memilih penyamar bagi memenangi program terbabit.

Gadis bernama Wan Nurin Nadhirah Wan Mahadi itu telah membawa pulang RM3,000 kerana berjaya melakonkan watak senagai penyamar bersuara sumbang.

“Saya memang sengaja nak bagi dia RM3000”, kata Erra secara berseloroh

Program ini akan diteruskan lagi pada minggu hadapan setiap hari Ahad, jam 9 malam menerusi saluran TV3.

Anda juga  boleh saksikan siaran secara langsung menerusi Youtube TV3 Malaysia dan LIVE TV di www.xtra.com.my.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest