Connect with us
Hot Kool Jam

I Can See Your Voice Season 2

Program muzik semestinya menjadi kegemaran ramai dan ini jelas terbukti apabila program realiti hiburan I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) berjaya mendapat sambutan hangat sehingga ‘trending’ di platform digital iaitu YouTube.

Program yang mengambil konsep dan format program asal dari Korea Selatan oleh CJ ENM ini menampilkan penyanyi-penyanyi misteri bersama barisan artis jemputan tanah air, dan kini ia kembali buat musim kedua di TV3 bermula 23 Jun ini pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam.

 Menurut Encik Johan Ishak selaku Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Kami mendapat maklum balas yang memberangsangkan daripada penonton setia kami apabila program ICSYVMY musim pertama disiarkan. Lebih teruja apabila ianya menjadi bualan dan juga trending di platform digital menerusi Youtube, seiring dengan zaman digital. Sokongan penonton sebegini membuatkan TV3 meneruskan ICSYVMY untuk musim kedua dengan penaja bersama iaitu Oppo. Program sebegini dilihat memberi peluang kepada mereka yang berminat dalam bidang nyanyian tetapi tidak mempunyai pengalaman mengekspreskan impian mereka menyanyi dalam program sebegini. Walaupun tidak mempunyai bakat dalam nyanyian ianya bukan satu penghalang kepada mereka kerana yang penting adalah keyakinan dan kemampuan diri. Menarik dan uniknya program ini adalah kreativiti setiap peserta yang perlu bijak untuk memperdayakan para penonton dengan lakonan mereka ketika menyampaikan lagu-lagu terpilih untuk terus kekal di atas pentas ICSYVMY2.”

 Buat julung kali ICSYVMY musim kedua akan dihoskan oleh dua pengacara yang sememangnya lucu dan pasti membuatkan penonton tidak kering gusi iaitu Shuk Sahar dan Sean LJE. Manakala tugas sebagai “penyiasat tetap” pula masih lagi digalas oleh Jihan Muse, Mark Adam dan Seelan Paul sama seperti musim pertama.

Selain tiga penyiasat tetap ini, mereka turut ditemani oleh dua lagi orang penyiasat jemputan untuk membantu artis jemputan mengenal pasti siapakah sebenarnya penyamar bersuara sumbang dalam kalangan penyanyi-penyanyi misteri ini.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement