Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

“I Will Never Change My Name” – Sweet Qismina

Sweet berkongsi cerita disebalik nama “Qismina”.

Published

on

Sebutan atau panggilan nama seseorang adalah perkara penting yang perlu dititikberatkan semua individu.

Pelakon drama Titian Takdir, Sweet Qismina, 22, ada memuat naik sekeping foto dirinya ketika di Tanah Suci, Makkah di laman Instagram.

Menerusi posting yang dibuat pada 8 Februari itu, Sweet telah berkongsi bersama peminat cerita di sebalik namanya, Qismina yang diberikan oleh arwah bapanya.

View this post on Instagram

FUN FACT ABOUT ME! Orang selalu tanya dan persoalkan nama Sweet Qismina. Kadang2 a bit terasa instead of Qismina depa panggil Qistina 😂 I know my name sangat rare but do you know that my name Qismina comes from Tanah Mina? Arwah Baba yang letak nama tu. Mama nak nama Qisrina tapi sebab masa Baba berada di Tanah Mina maybe he loved it too much tu dia letak nama saya Qis”MINA” 🥰 mama tak mau sebab takut orang ejek panggil Mina or Minachi or Minah. Arwah baba still nak letak sbb dia kata Mina tu Tanah Haram, Tanah Suci. Dulu terfikir jugak kenapa sebab susah orang nak ingat nama i ( sampai sekarang tersasul ) But now, I tak kisah. I will correct the name and lagi proud adalah nak sebut nama Qismina tu 😂✨ Lebih lebih lagi bila kita sendiri dengar perjalanan orang melakukan Haji dan lihat tempat itu sendiri, Allahu, I will never change my name. Thank you Baba ❤️ ( P.S nasib keluar adik sorang lagi dapat lah mama letak nama Qisrina tu 😂 ) #pleasepronouncemynameright

A post shared by 🌸 فرهنا قيسمينا سوڤندي 🌸 (@sweetqismina) on

Walaupun mengakui pernah terasa hati apabila namanya disalah sebut sebagai Qistina, Sweet yang baru sahaja menunaikan ibadah Umrah bersama keluarga amat berbangga dengan nama Qismina yang diambil sempena Tanah Mina, di Makkah.

Kata Sweet lagi, dia tidak akan sesekali menukar namanya itu yang disifatkan sebagai rare dan unik.

Imbas kembali, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi mula aktif dalam dunia lakonan sejak 2004 dan pernah menggunakan nama Sweet Farhana di dalam industri hiburan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest