Connect with us
Duit Dari Kayangan

Onz

IG Live Haziq Hot FM & Siti Nurhaliza Undang Sebak

Rindunya keluarga di rumah!

Published

on

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia, ramai selebriti tanah air mengambil peluang untuk mendekatkan diri mereka dengan peminat.

Ada yang menganjurkan konsert di rumah, melancarkan lagu baharu, merakam video untuk menghiburkan pengikut-pengikut mereka, menulis nasihat menerusi gambar yang dimuat naik di laman sosial dan trend terkini pula dilakukan melalui IG Live di Instagram masing-masing.

Umum mengetahui IG Live bukan sahaja boleh dilakukan seorang, malah ia membenarkan pengguna sosial media itu mengundang seorang lagi pengguna untuk mereka berinteraksi.

Terbaharu, penyampai radio Hot FM Haziq telah sempat merakamkam detik-detik manis apabila berjaya menemubual penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi laman berkenaan.

View this post on Instagram

Sayuuuu hati ini makin sayuuu plakk rasanya dengar Tokti nyanyi lagu ni time pkp. Lagi bape hari nak puasa. Pastu raya. Dah la jauh dengan family 😿 Nyway, Happy 24th anniversary @ctdk 💜

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm) on

Menerusi perbualan mereka, Siti sempat mendendangkan lagu Air Mata Syawal buat peminat yang sedang menonton IG Live tersebut yang sekaligus menerima reaksi positif dan membuatkan ramai sebak terutamanya kepada mereka yang berjauhan dengan keluarga saat ini.

Saksikan IG Live penyampai radio Hot FM yang lain bersama dengan artis kesayangan anda dengan follow account Instagram @hotfm796 dan jangan lupa tekan butang notifikasi ya!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest