Connect with us
You Da Boss

Viral

Ikan Lumba-Lumba Buat ‘Rombongan’ Di Pulau Pinang

Comel laaa!!!

Published

on

Ikan lumba-lumba atau dikenali sebagai Dolphin adalah satu spesis mamalia yang hidup di lautan.

Selain pintar dan comel, ikan lumba-lumba juga mampu membesar antara 1.2 meter hingga 10.0 meter panjang serta berat antara 50 kg hingga 7000 kg.

Baru-baru, tular sepotong video memaparkan beberapa ikan lumba berenang berhampiran Jambatan Pulau Pinang, seolah-olah membuat ‘rombongan’ ke Pulau Mutiara itu.

Video berdurasi 1 minit 31 saat itu telah dirakam dari bot nelayan oleh seorang lelaki bernama Nasir dan setakat artikel ini ditulis, ia telah meraih lebih 186,600 tontonan, 8,400 retweets serta 8,900 tanda suka.

Lantas, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi mengenai video yang dikongsikan itu.

“Malaysia dah semakin bersih. Tahniah!,” kata @Mels_Notes

“Aku sorang je ke tergelak dia panggil dolphin tu macam kucing hahahahaha,” tulis @HanissofeaH

“Yall! we better make sure our whole country is clean so that more dolphins can come and visit!!! Even seaturtles and rays and sharks as well!,” balas @uzer26

“Seronok nelayan ni, takyah susah2 aku nak ke aussie, kat penang pon ada dah haaa,” tulis @atiqahhhh__

“Wish I could see them! This is a rare occurrence! Awesome!,” kata @monkeyvirgo

Semoga spesis ikan ini terus dipelihara, jangan ditangkap, jangan dibunuh.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest