Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Ikut Budaya Barat, Nelydia Senrose Dikecam Netizen!

Ya, saya bakal menamatkan zaman bujang, tidak lama lagi.

Published

on

Ya, saya bakal menamatkan zaman bujang, tidak lama lagi.

Reaksi ringkas pelakon Nelydia Senrose, apabila perkongsian Instagram Story termasuk yang dimuat naik saudara-mara dan kenalan rapat aktres itu yang menghadiri majlis meraikan bakal pengantin yang dianjurkannya di sebuah hotel di ibu negara tersebar semalam.
Nelydia yang meminta peminat agar mendoakan majlis yang dirancang dipermudahkan bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh hari bahagianya itu.
Majlis tersebut turut menggunakan hashtag myotherhafeznel merujuk kepada nama kekasih Nelydia iaitu jejaka yang dikenali sebagai Hafez.
Nelydia menerusi laman Twitter miliknya turut meluahkan rasa teruja serta tidak sabar untuk menghadiri majlis pertamanya itu.


Menariknya ketika majlis itu sedang berlangsung, satu acara iaitu acara membaling bunga telah diadakan.

View this post on Instagram

Guess who’s next ? 🤣 #myotherhafeznel #kesiankenatolaktolak #annoying #sangguptakpakaiheels

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2) on


Acara tersebut adalah untuk mengetahui siapa bakal berkahwin selepas dirinya.
Uqasha Senrose iaitu kakak kepada Nelydia telah berjaya menangkap bunga itu malah kelihatan sangat gembira.
Namun, acara berkenaan mendapat pelbagai kecaman daripada netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan Nelydia.

  • @zairimusa: @fthiha88 saya kawin simple ikut cara islam bukan ikut adat…awak seorang islam harus tahu hukum bukan ikut akal atau budaya barat…Maaf jgn tersinggung cuma ingatkan
  • @mhmmd_shhzhnrhmt: @zairimusa assalamualaikum.. kamu tidak salah tpi mereka yg kecam kamu tu salah sbb kamu cume mngingatkan akan mereka tentang perkare yg sepatutnye , mereka kene berterima kaseh dgn kamu.. kite sebagai orang islam harus lah saling pesan memesan ingat mengingati .. haram kite ikot adat istiadat agama laen…
  • @safiyyah1992: @ansqprt Drpda ikut bdaya kafir sbaiknya buat kgiatan sndri yg jelas lbih bermnfaat.. Tanya sendri ust2 apa hukum lempar bunga.. Ada kepercyaan2 mngarut yg boleh terjerumus dlm syirik.. Tanya ust, xpyah buat andain sndri.. Klu org kristian nak buat tu hal dorang.. Yg dah islam xyah nak tiru2..

Sementara itu, terdapat juga netizen yang menyokong dengan memberi kata-kata positif.

  • @elve_abie: hi artis2…tak perlu layan netizens sangat…dorang punya perangai pelik mana kita tahu…lebih mengata tau2 mereka yg lebih.
  • @amiraaamanda: Everyone should just chill and let them enjoy omg so benda nk judge

Hadir sama pada majlis tersebut adalah ahli keluarga serta rakan artis seperti Sherry Ibrahim, Erin Malek, Adeline Tsen dan Ruzana Ibrahim.
Kini, Nelydia sedang bercinta dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Hafiz sejak April 2018.
Tahniah Nelydia! Semoga majlis yang dirancang berjalan dengan lancar serta dipermudahkan ye.

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest