Connect with us
Projek Radio

Viral

“I’ll make you famous”- Nabila Huda Ugut Sebarkan Video Buang Sampah

Jaga-jaga, kan Abil dah marah…

Published

on

Semenjak Perdana Menteri umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kita semua boleh dikatakan telah kembali menjalani kehidupan seperti biasa dengan mengamalkan new normal iaitu memakai pelitup muka, menjaga jarak sosial, memastikan suhu diambil ketika masuk ke dalam premis dan sebagainya. Ada juga yang sudah kembali berkerja dan bersekolah, manakala ada yang sudah berani untuk keluar dan makan di luar.

Ini juga secara tidak langsung, akan membuatkan alam sekitar kita juga akan kembali tercemar. Contohnya seperti sampah sarap yang dibuang merata-rata oleh segelintir masyarakat yang tiada sikap bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan negara terjaga.

Perkara ini telah mengambil perhatian seorang pelakon terkenal, Nabila Huda Suhaimi ataupun lebih mesra dipanggil Abil yang memuat naik video di laman sosialnya kerana kecewa dengan sikap segelintir yang sambil lewa membuang sampah merata-rata.

View this post on Instagram

Please tengok sampai habis..🙏🏾

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Memulakan video dengan bertanyakan khabar, Abil juga bertanya kepada netizen, selama 3 bulan kita semua duduk di rumah, pernah tak terfikir untuk menjadi lebih baik, untuk mengubah sesuatu yang buruk menjadi yang lebih baik?

Meminta netizen untuk tolak ketepi isu covid 19 sekarang ini, Abil bertanya kepada masyarakat kenapa segelintir orang tidak boleh buang tabiat membuang sampah merata-rata? Ianya adalah perbuatan yang jijik dan tidak bermoral.

Abil juga turut memberi nasihat kepada masyarakat untuk menggunakan ‘common sense’ dan buang sampah di tempat yang betul. Memetik petikan yang diambil dari Abil,

“Biarlah kita ni tak belajar tinggi tapi jangan b*d*h, jangan buat perkara yang nampak lagi b*d*h”,

Ciapan yang mendapat lebih 20 ribu tontonan itu, Abil mengambil solusi untuk memasang kamera litar (CCTV) di hadapan kedai perniagaannya, untuk menangkap mereka yang membuang sampah merata-rata.

Haaa jaga-jaga ya, Abil nak upload dekat sosial media tau kalau korang ditangkap membuang sampah merata-rata.

Selain itu, ramai juga yang memuji usaha Abil untuk educate mereka yang suka membuang sampah antaranya adalah artis dan netizen, ini respon mereka :

Caya lah Abil! Kesimpulannya, jadilah rakyat yang bersivik dan tahu tanggungjawab anda. Bukan sahaja jangan membuang sampah merata-rata, kita juga perlu jaga kebersihan alam sekitar sama ada di dalam rumah atau pun di luar.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest