Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Pelik Kenapa Kena Belajar Bahasa Lain Bila Ke Luar Negara, Ini Jawapan Padu Netizen

Itu la pentingnya English Education

Published

on

Pernah tak korang semua terfikir apa kelebihan bila kita tahu lebih daripada satu bahasa sahaja?

Paling utama mesti la untuk memudahkan urusan kita berkomunikasi dengan orang luar kan?

Tapi ada juga segelintir masyarakat yang memandang mudah tentang perkara ini iaitu menolak untuk mengetahui bahasa lain selain Bahasa Melayu.

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Danial ada memuat naik satu twit di akaun Twitter miliknya tentang perkongsian seorang rakannya yang mempertikaikan pengunaan bahasa asing.

Kelakar pelajar Malaysia pergi belajar dekat UK kena cakap English, pergi ke German kena cakap German. Tapi bila pelajar dari negara lain datang ke Malaysia, satu kelas kena bercakap dalam Bahasa Inggeris.

Rata-rata netizen mempunyai pendapat yang bercanggah dengan individu tersebut dan jawapan yang diberikan itu agak masuk akal juga.

Menurut kebanyakan netizen menyifatkan rakyat Malaysia sebagai golongan yang sopan santun dan lidah kita ini mudah untuk mempelajari bahasa luar berbanding mereka dari negara lain.

Mungkin disebabkan kita sudah mempelajari Bahasa Inggeris sejak di bangku sekolah, maka dengan itu ia tidak menjadi kesukaran kepada kita untuk bertutur dalam bahasa kedua itu.

Ada juga orang dari negara luar yang sanggup untuk belajar Bahasa Melayu kerana bagi mereka Bahasa Melayu mempunyai keunikan yang tersendiri sehingga membuatkan mereka tertarik.

Padu juga jawapan yang netizen beri kali ni, nampaknya rakyat Malaysia sudah maju ke hadapan dalam penerimaan bahasa asing.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest