Connect with us
Hot Kool Jam

Muzik Buzz

Impian Kugiran Masdo Akhirnya Dapat Direalisasikan

Ada hikmak disebalik segala perkara yang berlaku..

Published

on

“Hajat itu sudah lama tersimpan, iaitu sejak kami menerima lagu ciptaan The Bootleg Beatles apabila mereka bertandang ke Kuala Lumpur, tahun lalu. Lagu yang mereka berikan itu kental dengan nuansa muzik band legenda itu.”

Itulah kata-kata salah seorang ahli anggota Kugiran Masdo selepas impian merakamkan album kedua di London yang tertangguh, tahun lalu akhirnya direalisasikan kumpulan tersebut pada Jun lalu.

Image result for kugiran masdo

Walaupun ada yang beranggapan ia mustahil untuk dilaksanakan, tambahan pula kos pembikinan mencecah RM150,000, kumpulan itu berbesar hati dapat mengutip pengalaman di studio ikonik yang diabadikan sempena judul album ke-11 kumpulan muzik tersohor, The Beatles.

Vokalisnya, Ali Sariah berkata, pemergian selama seminggu itu bukan untuk membuktikan mereka hebat, sebaliknya lebih kepada mencari kepuasan sebenar dalam berkarya.

Menurut Ali lagi, penangguhan projek itu membawa pelbagai hikmah, terutama apabila peminat mula mendapatkan album dan barangan premium Masdo.

Selain Ali band yang ditubuhkan sejak lima tahun lalu itu turut dibarisi Putu Ceri; Azham Ahmad dan Asmawi Ismail.

 

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest