Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

Indah! Yatt Hamzah Kongsi Nama Puteri Keempat

Sedap nama puteri kecil Yatt Hamzah…

Published

on

Pada 30 Disember lalu, pelakon Yatt Hamzah selamat melahirkan anak perempuan seberat 3.30 kilogram di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

View this post on Instagram

Bismillahirrahmanirrahim. . Alhamdulillah selepas 13 hari menunggu sejak EDD pd 18 Dec lalu, akhirnya Bonda berjaya pujuk baby keluar semalam..🥰 Dengan izin Allah, Bonda selamat melahirkan cahaya mata ke 4, juga seorang mujahidah (yaaa, girl jugaaa👼), secara normal dengan berat 3.3 kg, pada 30 Dec 2019 tepat jam 6.01 petang di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur @PUSRAWIOFFICIAL . . . Terima kasih atas doa2 yg baik dan sokongan dari semua keluarga, sahabat dan followers..Berkat doa dari semua, Alhamdulillah Bonda dan baby selamat dan sihat. Semoga baby membesar menjadi Mujahidah Solehah..Aameen Ya Allah.. . Terima kasih tak terhingga kepada pihak Hospital Pusrawi di atas servis dan layanan yg amat baik, terutamanya en Adib & team, Dr Asmah Yun, Dr Habibah dan semua staff jururawat yg banyak membantu Bonda dari proses check up hinggalah melahirkan. Hanya Allah yg mampu membalas jasa kalian..🤲❤ . Paling bererti, terima kasih suami tercinta @zulfadhli_khiruddin yg sentiasa berada di sisi dari saat di emergency, di labour room ketika isterimu berjuang dan sanggup menundakan misi bantuan ke Syria bersama team #mapim hanya utk menantikan moment kelahiran Mujahidah ke-4 ini. Alhamdulillah syukur..🤗🥰😍😘 . #yattmengayat #darihatiseorangmujahidah #fromtheheartofamujahidah #Bondayattbersalin #anakke4 #suci #LilSuci #THESUCIS #SUCIno4 #overdue #Postdated #HospitalPusrawi #Alhamdulillah #Allahuakbar #Subhanallah #ALLAH #Baby #BondayattdihospitalPusrawi

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

Genap seminggu menimang cahaya mata keempat, pelakon drama Dunia Baru itu akhirnya berkongsi nama anaknya yang diambil sempena nama isteri Nabi Adam dan Nabi Yusof.

Hal itu didedahkan menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu lalu.

View this post on Instagram

Assalamualaikum wbt. Bismillahirrahmanirrahim. Sempena mengambil keberkatan Sunnah menamakan anak pd hari ke 7, Bonda dg rendah hati berkongsi nama Puteri ke 4 yg hari ini telah genap 8 hari usianya, iaitu SUCI HAWA ZULAIKHA BINTI MOHAMMAD ZULFADHLI. . Nama yg baik bersempena dg nama IBU kita semua iaitu HAWA isteri Nabi ADAM AS, juga nama wanita yg dikatakan isteri Nabi YUSOF AS iaitu ZULAIKHA. SUCI pula membawa maksud kudus, bersih, harum & baik juga bersamaan dg nama awal ketiga2 kakaknya. Mudah2an akhlak & keperibadian anak Bonda ini secantik dan seindah namanya.. Semoga maksud namanya yg baik itu menjadi doa buatnya seumur hidup.. Mujahidah Solehah In shaa Allah.. Aameen..🤲🥰 . Sunat diberikan nama kepada anak pada hari ketujuh kelahirannya. Hadith Nabi SAW, أنَّ النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم أَمَر بِتَسمِيةِ المَولودِ يومَ سابِعِه Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan untuk memberikan nama kepada bayi yang baru dilahirkan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya”. . #sucihawazulaikha #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYatt #bondaYH #SUCI #LILSUCI #THESUCIS #BABY #NEWBORN #NEWBUNDLEOFJOY #BAYI #BABYGURL #SIBIBIRMERAH #30DEC2019 #lilmujahidah #Sucino4

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

Sedap dan begitu indah nama yang diberi iaitu Suci Hawa Zulaikha.

Untuk rekod, Yatt dan suami Mohamad Zulfahdli Khairuddin telah berkahwin pada Februari 2016 dan pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 4, dan Suci Hayfa Medina,2 tahun.

Terdahulu, Yatt juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdul Mutalib Shukor pada 2009 dan memiliki seorang anak, Suci Hanania Malika, 8, sebelum bercerai pada 2015.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest