Connect with us
Hot Kool Jam

Drama

Ini 5 Persamaan Drama Rantaian ‘Cari Aku di Syurga’ & ‘7 Hari Mencintaiku’

Yang no.3 tu paling sedih..

Published

on

Masih ingatkah anda dengan drama rantaian yang paling best pada tahun 2016 dulu? Drama bersiri yang berjudul 7 Hari Mencintaiku, lakonan hebat Syukri Yahya dan Siti Saleha tula! Memang seronok sangat sampai drama tersebut mencatat 5.4 juta tontonan selain menerima Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL).

Kali ini tiba giliran drama bersiri berjudulCari Aku di Syurga pula yang berjaya menawan hati penonton sehingga ramai yang beremosi pada setiap episod.

Drama 15 episod arahan Shahrulezad Mohamedin ini menampilkan gandingan Ariel Zafrel, Janna Nick dan Mimi Lana sebagai teraju utama.

Mengingatkan kembali bagaimana ‘7 Hari Mencintaiku’ ini berjaya mencetuskan fenomena sebelum ini, penceritaan drama ini turut seolah-olah hampir sama dengan ‘Cari Aku di Syurga’.

Bukan itu sahaja, watak yang dibawa oleh setiap pelakon termasuk watak sampingan juga seakan-akan sama di kedua-dua drama bersiri ini.

Jom, ikuti 5 persamaan drama bersiri Cari Aku di Syurga & 7 Hari Mencintaiku yang mungkin ramai tak perasan:

 

1. Isteri Memberontak Kerana Tinggal Di Kampung

Dalam 7 Hari Mencintaiku, konflik bermula selepas Mia (Siti Saleha) bersama Khuzairi (Shukri Yahaya) tinggal di kampung. Mia memberontak kerana sudah biasa dengan kehidupan di kota, sama seperti dalam ‘Cari Aku di Syurga’ di mana Lisa (Janna Nick) tidak tahan tinggal di kampung selepas memutuskan untuk berkahwin dengan Anas (Ariel Zafrel).

 

2. Kisah Suami Bersabar Dengan Sikap Biadab Isteri

Image result for janna nick cari aku di syurga

Seperti mana yang kita tahu, dalam 7 Hari Mencintaiku, Khuzairi tak putus-putus bersabar dengan sikap isterinya kerana bersikap biadab terutama dengan ibunya. Hal yang sama berlaku dalam ‘Cari Aku di Syurga’ di mana Anas terpaksa bersabar dengan perangai kurang ajar Lisa yang tidak menghormati ibu mentuanya.

 

3. Isteri Tinggalkan Suami dan Anak Selepas Ketika Dalam Pantang

Dalam 7 Hari Mencintaiku, selepas melahirkan anak pertamanya, Mia telah meninggalkan suaminya bersama-sama dengan bayi yang baru dilahirkan. Siap ada lagu Mengintai Dari Tirai Kamar lagi masa tu! Menangis jugak la kan?

Hal yang sama berlaku dalam ‘Cari Aku di Syurga’, di mana Lisa senyap-senyap melarikan diri dari kampung tinggalkan suami dan anaknya kerana nekad mahu pulang semula ke pangkuan ibunya di ibu negara.

 

4. Watak Seorang Ibu Yang Menghasut Anak Perempuannya Tinggalkan Suami

Ibu kandung Mia dalam 7 Hari Mencintaiku yang dilakonkan oleh Zila Bakarin menjadi watak yang dibenci oleh penonton kerana menjadi perosak rumah tangga Mia dan Khuzairi.

Peranan yang sama dalam ‘Cari Aku di Syurga’, ibu kandung Lisa yang dilakonkan oleh Maria Farida yang sememangnya tidak merestui perkahwinan Lisa dan Anas sejak dari awal lagi. Ini kerana Lisa telah menolak permintaan ibunya untuk berkahwin dengan Arif, sama juga kesnya dalam ‘Cari Aku di Syurga’.

 

5. Syakila Vs Mira

Watak antagonis Syakila, gadis kampung manis bertudung yang dilakonkan Faye Kusairi dalam 7 Hari Mencintaiku seakan-akan sama dengan watak Mira yang dilakonkan oleh Mimi Lana dalam ‘Cari Aku di Syurga’. 

Kedua-dua watak ini menyimpan perasaan cinta terhadap watak utama atau ‘hero’. Namun apa yang membezakan kedua-dua watak ini adalah Mira dalam  ‘Cari Aku di Syurga’ berniat baik untuk berkahwin dengan Anaz tapi sebaliknya untuk watak Syakila dalam 7 Hari Mencintaiku.

Mungkin secara kebetulan jalan cerita seakan-akan sama, namun kedua-dua drama bersiri ini begitu dekat dengan jiwa penonton berikutan mesej yang disampaikan.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest