Connect with us
You Da Boss

Muzik Buzz

“Ini Album Saya Yang Terakhir…” – Faizal Tahir

Butiran lanjut akan diumumkan semasa pelancaran

Published

on

Penyanyi Faizal Tahir mencetus tanda tanya peminat apabila mengumumkan album terbarunya nanti bakal menjadi album terakhirnya.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Twitter, Faizal berkata,

“Semua kita di Malaysia adalah Rojak disebabkan orang, budaya, bahasa dan ia sangat indah. Disebabkan itu saya namakan album ini Rojak.”

“Satu hal mengenai album ini, ia adalah album saya yang terakhir.”

Menerusi petikan di Harian Metro, dia mengesahkan perkara itu, dan menyatakan ia bukan sekadar gimik semata-mata.

Bagaimanapun , menurutnya, dia akan menjelaskan secara terperinci mengenai keputusannya menjadikan album itu yang terakhir pada pelancarannya nanti.

“Sekarang saya masih sibuk untuk menyiapkan sepenuhnya album ini. Kini ia sudah siap 90 peratus dan guna masa sebelum pelancaran untuk siapkan sepenuhnya.”

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest