Home > #PenaHot > Ini Cara Mudah Untuk Hilangkan Kerak Pada Botol Susu Hanya Menggunakan 3 Bahan Je!

Ini Cara Mudah Untuk Hilangkan Kerak Pada Botol Susu Hanya Menggunakan 3 Bahan Je!

Kebanyakan ibu memang mengalami masalah yang sama. Botol bekerak, dek kerana susu anak yang tidak habis diminum sekaligus bertukar menjadi masam atau basi sehingga meninggalkan kesan.

Namun, ada juga diantara mereka yang akan mencuci kerak susu ini dengan cara menyental dan rebus dengan air panas dimana langkah tersebut agak lambat dan renyah.

Tapi kalau anda nak cuba cara cepat, jom ikuti perkongsian puan Fitriah Azman ini, hanya menggunakan tiga bahan yang ada di dapur.

3 BAHAN "KERAMAT" MAMPU MENGHILANGKAN KERAK PADA BOTOL SUSU SEPANTAS 5 MINIT.Macam ni. Kak el suka beli pin. Anak…

Posted by Fitriah Azman on Monday, 14 August 2017

Bahan-bahan:
Gunakan air panas untuk hasil yang pantas
Garam & beras

Cara-cara:
1. Masukkan beras ke dalam botol
2. Campurkan air panas ke dalam botol yang berisi beras tadi
3. Tutup botol dengan penutup
4. Goncang dengan penuh kasih saiyang
5. Perhatikan kerak kerak susu mula berenang-renang
6. Goncang sehingga kerak habis tertanggal
7. Bilas dengan air bersih

Ulang step yang sama untuk garam. Cuma, kak el guna khidmat berus botol untuk kesan yang lebih cepat.

Untuk membersihkan puting, masukkan beras dan sedikit air panas ke dalam puting. Geserkan permukaan puting dengan beras.

Senang je kan?  Dengan cara ni jugaklah kita sebagai mak mak boleh elakkan anak dari sakit perut akibat sabun pencuci. Bukan tak boleh guna cecair pencuci tau. Cuma cara bilas tu kena betul-betul cuci. Barulah anak tak mudah sakit perut.

Selamat mencuba!

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply