Connect with us
Duit Dari Kayangan

Inspirasi

Ini Idea Best Untuk Lepak Dengan Kawan-Kawan Korang…

Tak sabar nak tunggu weekend ni…

Published

on

Setiap kali weekend tak tahu nak lepak mana dan buat apa dengan kawan-kawan?

Jangan risau la, ada banyak benda yang korang boleh buat dengan kawan-kawan sepanjang weekend tanpa fikir panjang.

Jom kita check out beberapa aktiviti menarik untuk korang buat sewaktu lepak dengan kawan-kawan atau keluarga!

PICNIC TIME

Memang dah jadi trend sekarang ni pergi picnic dekat tempat yang best.

Why not kalau korang pun ikut sekali trend tu, asalkan masih mengikut SOP yang diberikan oleh pihak kerajaan.

Antara lokasi port picnic yang menjadi kegemaran ramai ialah di Taman Saujana Hijau Putrajaya, Taman Metropolitan Kepong, Taman Botani Kuala Lumpur, KLCC Park dan banyak lagi la.

JOGGING

Nak ajak pergi cycling, tak semua ada basikal kan?

Baik ajak pergi jogging je dekat mana-mana kawasan taman yang best, ada la juga aktiviti bersama dengan kawan-kawan.

At least boleh la catch up sekejap sambil menyihatkan badan kan?

JALAN JALAN CARI MAKAN

Dekat area Lembah Klang ni ada banyak sangat kafe best yang boleh korang pilih bagi mengisi masa lapang weekend ni bersama dengan kawan-kawan.

Tapi kalau dah nama pun weekend, kena la cepat sikit sebab confirm ramai orang akan berada dekat kafe pilihan korang tu.

Buat list beberapa kafe yang korang teringin nak pergi dan ajak la kawan tu teman, baru la tak lonely kan?

LEPAK PANTAI

Sekali sekala kita menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan, apa salahnya kan?

Cari je mana-mana pantai berdekatan dengan korang dan ajak la kawan-kawan ke sana.

Hanya sekadar duduk tepi pantai sambil makan-makan pun okay juga, dapat la berbual sekejap dengan mereka.

Manfaatkan weekend korang dengan sebaiknya okay! Jangan asyik terperap duduk dalam bilik je ya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest