Connect with us
You Da Boss

Filem

Ini Info Penting Anda Perlu Tahu Tentang Filem Makmum!

Filem seram yang buat korang meremang nak solat seorang diri dalam gelap.

Published

on

Filem seram dari Indonesia, Makmum ternyata menjadi perbualan hangat dan menghantui penonton sejak ia ditayangkan di pawagam pada 15 Ogos lalu.

Rata-rata yang sudah menyaksikan filem ini menyifatkan ia amat menakutkan sekali.

Bagi yang belum berkesempatan menonton filem Makmum, ini beberapa info penting yang korang perlu tahu.

Makmum diinspirasikan daripada sebuah filem pendek berdurasi 8:08 saat arahan Riza Pahlevi yang kemudian diangkat daripada sebuah kisah benar.

Filem pendek yang dihasilkan lebih tiga tahun lalu itu turut dimuat naik di laman You Tube dan kini sudah pun mencecah lebih 19 juta tontonan.

Untuk pengetahuan juga, ia menerima penghargaan menerusi kategori Best Horror di Hellofest 2016, Direction Special Mention dalam The Crappy International Movies in Sueca di Spanyol 2016, dan Best Ideas Film and Audience’s Favourite di Salatiga Film Festival 2017.

Biarpun trailernya ringkas sahaja, namun ia mampu membuatkan bulu roma korang meremang untuk menunaikan solat di ruangan yang gelap.

SINOPSIS

Makmum mengisahkan tentang tiga remaja yang tidak dibenarkan pulang ke rumah sewaktu cuti sekolah mendapat godaan saat melaksanakan ibadah solat. Setiap kali solat, selalu ada ‘makmum’ yang mengikuti mereka.

Rupa-rupanya ada kisah dendam lama yang disembunyikan oleh pengetua asal dan penjaga asrama puteri itu.

Juga, menceritakan tentang seorang penjaga rumah mayat bernama Rini yang dihalau keluar dari rumahnya lalu memilih untuk bekerja di asrama puteri tersebut. Rini bertekad membantu ketiga anak tersebut, tanpa dia sadari nyawanya sendiri pun terancam.

Makmum dibintangi oleh pelakon hebat seperti Titi Kamal, Bianca Hello, Tissa Biani, Adila Fitri, Jajang C Noer dan Reny Yuliani.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest