Inspirasi
Ini Kenapa Ramai Wanita Ingin Menggantikan Tempat Mia di sisi Khuzairi
Mia pon apa kurangnya, asyik emosi dan naik angin tak tentu pasal. Kesian Doktor Khuzairi, tersepit di antara ibu sendiri dan isteri kesayangan. Macam pepatah nak diluah mati mak, nak ditelan mati bapak.
Fenomena 7 Hari Mencintaiku 2 semakin menggila. Ramai yang mula naik angin dengan sikap Mak Leha dan Yati yang sentiasa cari pasal dengan rumah tangga Khuzairi dan Mia. Mak Leha tak habis-habis nak bermenantukan Nurul dan Datin Hayati pula tidak putus asa dengan misi untuk memisahkan Mia daripada menantunya Khuzairi. Tapi, perangai Mia pon apa kurangnya, asyik emosi dan naik angin tak tentu pasal. Kesian Doktor Khuzairi, tersepit di antara ibu sendiri dan isteri kesayangan. Macam pepatah nak diluah mati mak, nak ditelan mati bapak.
Tak ketinggalan, ramai rupanya yang menaruh hati untuk memiliki lelaki penyayang dan setia macam Khuzairi sebagai suami. Beruntunglah Mia kan, tapi sikap Mia yang seringkali menimbulkan masalah dan tidak menjaga hati serta perasaan Khuzairi membangkitkan kemarahan ramai. Ini antara sebab kenapa Khuzairi menjadi kegilaan wanita :
KACAK ! Siapa je tak cair dengan senyuman Doktor Khuzairi, lakonan pelakon Shukri Yahaya atau pernah digelar Jericho Rosales Malaysia, kerana wajahnya yang mirip dengan pelakon tampan dari Filipina itu.
Khuzairi juga memang seorang anak yang baik. Dia sentiasa menuruti permintaan kedua-dua orang tuanya dan sering menjaga tutur kata agar tidak menyinggung perasaan ibu dan bapanya. Dia lansung tidak pernah berkecil hati dengan Mak Leha yang sering menduga kesabarannya.
Seorang Bapa Penyayang ! Lihat sahaja keakraban anak perempuannya melebihi keakraban dengan ibu sendiri. Khuzairi menatang Alisa bagai seorang puteri , sebab tu Mia cemburu dengan Alisa.
ROMANTIK ! memang tak dapat disangkal lagi, dari tutur katanya yang lembut dan layanan terhadap isteri memang romantik sangat Doktor Khuzairi ni. Dia selalu mengalah demi menurut kata isteri supaya tidak menyinggung perasaan insan yang dikasihinya itu. Tapi kesian, isteri pulak asyik nak marah je, tak peduli perasaan suami kan?.
Ok lah, agak-agak ada tak lelaki yang sama macam Dr Khuzairi ni kat luar sana? Kalau ada beruntunglah wanita-wanita yang bakal memiliki suami sebaik Dr Khuzairi ni kan.
-
Onz3 weeks ago
Terlalu Tekun Berlatih, Hairul Azreen Pecahkan Barang Milik Hanis Zalikha
-
Selebriti4 weeks ago
Video Jebat Jayden Panggil Siti Nurhaliza ‘Mummy’ Buat Ramai Terhibur
-
Viral4 weeks ago
Lagi Instafamous Rentas Negeri Kerana Honeymoon, Netizen Mahu Polis Siasat Kebenaran Merentas
-
Onz4 weeks ago
Ditegur Netizen Kerana Muat Naik Foto Tidak Berkualiti, Ini Jawapan Siti Nurhaliza
-
Onz3 weeks ago
Kaki Berdarah, Kilafairy Terjatuh Di Majlis Kahwin Neelofa
-
Selebriti2 weeks ago
Dilihat Peluk Neelofa Lepas Bertunang, Ini Sebenarnya Hubungan PU Riz Dengan Gadis Tersebut…
-
Selebriti2 weeks ago
Gurauan ‘Makan Dalam’ Tentang Belon Udara Panas, Sharnaaz Ahmad Gelak Sakan Dengan Shukri Yahaya
-
Onz3 weeks ago
“Terima kasih Sebab Khianati Aku” MK KClique Dedah Pembantu Peribadi Ambil Job Belakang Tanpa Pengetahuannya