Connect with us
You Da Boss

Hiburan

Ini Penjelasan Zul Ariffin Tentang Isu Perkahwinannya Dengan Gadis Ukraine

Baru-baru ini kecoh tentang penyebaran foto pelakon Zul Ariffin dengan kenyataan kononnya dia telah mengahwini gadis kelahiran Ukraine, Tanya Glembotska, yang pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengannya, tahun lalu.

Published

on

Baru-baru ini kecoh tentang penyebaran foto pelakon Zul Ariffin dengan kenyataan kononnya dia telah mengahwini gadis kelahiran Ukraine, Tanya Glembotska, yang pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengannya, tahun lalu.

Ia tular selepas foto romantis dipercayai dimuat naik Glembotska dalam laman Instagram milik wanita berkenaan.

Perkongsian itu diiringi keterangan berbunyi: “I want to say thanks to my husband. I am very happy with you.” (Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada suamiku. Saya sangat gembira bersama kamu).

Perkongsian berkenaan pantas mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat bintang kelahiran Taiping, Perak itu.

Gambar terbabit kemudian dikongsi sebuah akaun gosip popular di laman Instagram.

Difahamkan, gambar terbaru mereka dihantar oleh teman Glembotska yang mahukan kepastian mengenai gosip kedua-duanya sudah bernikah.

Tiada maknalah… Itu cerita lama! Saya tiada apa-apa komen. IG gosip itu kempunan perhatian agaknya. Komen pun tiada guna… Maaf, saya tiada komen

Difahamkan, mereka berkenalan ketika menjalani latihan seni mempertahankan diri, Muay Thai, di Phuket, Thailand.

Lebih menghangat gosip mengaitkan mereka berdua apabila foto dimuat naik oleh Zul dan Glembotska bagai menunjukkan lokasi dan masa yang sama.

Selain mengikuti akaun Instagram Zul, Glembotska juga memuat naik gambar memeluk seorang jejaka yang dipercayai pelakon J Revolusi berkenaan.

Gadis itu turut memuat naik gambar ukiran tatu yang memaparkan nama Zul di jari manisnya.

Sama ada ia benar atau tidak, sama-sama kita doakan perkara yang terbaik untuk Zul.

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest