Home > #PenaHot > Ini Perkara Menarik Tentang Baju Perkahwinan Tunku Aminah

Ini Perkara Menarik Tentang Baju Perkahwinan Tunku Aminah

Seperti yang kita lihat pada istiadat perkahwinan puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dengan pasangannya Dennis Muhammad Abdullah pada 14 Ogos lalu, ianya dijalankan dengan penuh tradisi dan adat istiadat budaya negeri Johor.

Menurut Tunku Aminah, ayahandanya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahu perkahwinan diadakan dengan mempamerkan segala keunikan warisan dan tradisi negeri tersebut.

Image may contain: 1 person, indoor

Namun baru-baru ini adik kepada Sultan Johor Tengku Puan Pahang, YAM Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi laman twitternya miliknya telah berkongsi perkara menarik tentang baju berkenaan.

Menurut YAM Tunku Azizah, fabric berkenaan adalah rekaannya sendiri dan selepas itu ditenun khas oleh beberapa banduan daripada Penjara Penor.

Manakala baju berkenaan pula direka sendiri oleh Tunku Aminah.

Tunku Azizah turut menghadiahkan kain yang ditenun itu buat anak saudaranya sebagai tanda penghormatan buat banduan-banduan penjara Penor.

Rekaan Teluk Belanga mula diperkenalkan di akhir kurun ke-19 semasa pemerintahan Sultan Sir Abu Bakar. Ia mendapat namanya dari sebuah tempat di Singapura bernama Teluk Belanga, yang merupakan ibu negeri Johor ketika itu.

Sumber dari : Twitter Tunku Azizah & Facebook The Royal Johor

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply