Home > #PenaHot > Ini Pesanan Puteri Sarah Liyana Selepas Terlibat Dalam Kemalangan!

Ini Pesanan Puteri Sarah Liyana Selepas Terlibat Dalam Kemalangan!

Baru-baru ini Puteri Sarah Liyana menerusi laman Instagramnya telah berkongsi detik cemas, apabila beliau telah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Lebih menakutkan lagi, ketika kemalangan berkenaan berlaku, isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusuf dikhabarkan berada bersama anaknya Syaikhul Islam.

Bagaimanapun menurut Puteri Sarah, beliau dan bayi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Alhamdulillah syukur Allah. Harini dalam sejarah Sarah & Syaikhul terlibat dalam mild accident , orang langgar belakang kereta. Alhamdulillah my car takde pape just calar tapi kereta orang tu terok. . . Nak pesan sebelum keluar rumah WAJIB baca doa dan kalau boleh pasanglah cd ayat2 dalam kereta lagi2 baby ade skali. Janganlah masuk kereta terus pasang lagu. . . Sape yang ada anak kecik tu please, please, please CAR SEAT penting. Jgn nak dukung baby ke ape letak dalam car seat tu je. Syaikhul tengah tido dalam car seat tapi die terkejut jugaklah mase org langgar belakang tu. Nasib baik die good boy tak meragam then tido balik. All is well. Alhamdulillah syukur Allah jagakan sarah & syaikhul ❤️❤️

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) on

Puteri Sarah turut memberitahu bahawa kereta berkenaan telah melanggarnya dari belakang, sehingga kenderaannya mengalami sedikit calar.

Walaupun hanya mengalami kemalangan kecil, pelakon yang popular menerusi siri sitcom Dunia Anita ini turut memaklumkan bahawa kenderaan individu yang melanggarnya mengalami kerosakan yang teruk.

Ok bye Syaikhul nak pegi jalan2 👋🏻 harini pakai all blue so cooler bag @milkplanetmalaysia pun kena matching 😊

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) on

Nak pesan sebelum keluar rumah WAJIB baca doa dan kalau boleh pasanglah CD ayat-ayat dalam kereta lagi-lagi baby ada sekali.

Sementara itu Puteri Sarah turut menasihati semua ibu bapa yang mempunyai anak kecil supaya menggunakan car seat, bagi tujuan keselamatan sekali gus dapat mengurangkan kadar kecederaan akibat kemalangan.

Moga kisah Puteri Sarah kali ini dapat member panduan dan pedoman buat semua pemandu di luar sana.