Connect with us
Hot Kool Jam

Filem

Ini Sebab Kenapa Pikachu Ditukar Daripada PG13 Ke Material Dewasa

Pika Pika!

Published

on

Umum mengetahui Pokemon Detective Pikachu, sebuah filem pokemon spesis tikus elektrik berona kuning comel yang sangat popular dalam kalangan peminat siri animasi telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Bagaimanapun, Ryan Reynolds selaku teraju utama mendedahkan klasifikasi tayangan filem berkenaan sepatutnya mendapat status PG13, namun ditolak menjadi R-rated (material dewasa) kerana keceluparan dan dialog ‘kotor’ daripada mulutnya.

Image result for pikachu ryan reynolds

“Saya cuma menjadi diri sendiri. Pikachu versilive action oleh saya memang diakui agak kasar, namun masih terkawal.”

Bagaimanapun, filem ini masih boleh ditonton oleh sama ada golongan kanak-kanak atas pengawasan dewasa.

Mengulas lanjut tentang alasan persetujuannya terlibat dalam filem berbentuk nyata (live action), pelakon itu memberitahu dia sebenarnya bukan peminat tegar animasi Pokemon kerana ketika kartun itu menjadi fenomena pada lewat tahun 1997-an, dia sudah dewasa.

“Tetapi, saya terkejut kerana sebelum ini tiada langsung pembikinan filem live action Pokemon sedangkan fenomena animasi ini meluas satu dunia”

Ryan menerusi satu wawancara turut meluahkan rasa teruja, selain banyak membuat kajian tentang pokemon kerana tidak mahu mengecewakan peminat animasi itu di seluruh dunia.

“Perkara pertama yang saya buat adalah menguji kesesuaian suara watak Pikachu dengan bantuan teknik janaan komputer (CGI).”

Ini kerana produksi akan menggunakan suara asal sedangkan dalam versi animasi memang kena guna suara ‘kartun’.

Namun setelah beberapa perbincangan dengan pengarah dan perkembangan skrip berlaku, tugas sebagai Pikachu menjadi sangat menyeronokkan baginya.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest