Home > #PenaHot > Ini sebab kenapa selebriti terkenal pakai kasut bersaiz besar

Ini sebab kenapa selebriti terkenal pakai kasut bersaiz besar

 

Rasanya ramai yang tidak perasan bahawa kebanyakkan selebriti di Hollywood gemar menggayakan kasut tumit tinggi yang longgar dan tidak menepati saiz kaki mereka yang sebenar terutama apabila menghadiri majlis karpet merah. Adakah ini satu trend semasa atau mereka ada sebab tertentu?

Umum mengetahui pemakaian kasut tumit tinggi dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada kaki malah juga boleh membuatkan kaki anda melecet. Dengan keadaan tidak selesa dan tempoh pemakaian kasut tumit tinggi yang lama sungguh tidak praktikal. Jadi apa yang mereka lakukan adalah pakai kasut yang longgar.

 

Betul jugak kan? yela, jika pakai kasut yang memang ikut saiz memang akan menyakitkan sebab kasut tu akan melekap je pada kaki kita. Namun jika ia sedikit longgar, kesakitan itu akan berkurangan sekaligus dapat mengelakkan kesakitan kronik pada kaki kita.

 

Satu lagi tip mereka ketika memakai kasut longgar adalah dengan meletakkan ‘double-sided tape’ pada bahagian tapak agar ia tidak mudah tertanggal ketika berjalan.

 

Haa..yang sebenarnya ‘trick’ ini sudah menjadi ikutan ramai kerana ianya sangat membantu. Why not kan?

 

 

Sumber: brightside.me

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply