Connect with us
Hot Kool Jam

Filem

Ini Yang Dinanti-nantikan, Trailer Mulan Sudah Tiba!

27 Mac 2020, save the date!

Published

on

Berita gembira buat peminat Disney, trailer terbaharu filem Mulan telah dilancarkan semalam 7 Julai 2019.

Berdasarkan lagenda China Hua Mulan, filem ini menceritakan kehidupan gadis bernama Fa Mulan pada zaman dinasti Han. Mulan merupakan anak kepada pahlawan Fa Zhou dan dia ingin mengikut jejak langkah bapanya untuk menyertai tentera China melawan tentera Hun.

Sebagai gadis yang hidup di bawah rejim patriarki, dia tidak layak berkhidmat dalam tentera. Oleh sebab itu, Mulan telah menyamar sebagai seorang lelaki dan ditemani naga kecilnya Mushu, dialih suara oleh Eddie Murphy, dan seekor cengkerik bernama Cri-Kee.

Filem ini diarahkan oleh Niki Caro, selain bakal menampilkan barisan pelakon seperti Liu Yifei sebagai Fa Mulan, Donnie Yen, Gong Li, Jason Scott Lee, Yoson An, Tzi Ma dan Jet Li.

Menurut portal antarabangsa, filem baru yang dinanti-nantikan itu akan menemui penonton di pawangam pada 27 Mac 2020.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest