Connect with us
You Da Boss

Hiburan

Ippo Hafiz Tetap Sanggup Mempromosikan Lagu Terbaru Walaupun…

Penyanyi Ippo Hafiz dimasukkan ke hospital dan ditahan wad selama satu minggu selepas mengalami batuk berterusan dan sakit perut. 

Published

on

Penyanyi Ippo Hafiz dimasukkan ke hospital dan ditahan wad selama satu minggu selepas mengalami batuk berterusan dan sakit perut.

“Sudah seminggu juga saya berada dalam hospital disebabkan terkena virus batuk yang berterusan dan apabila makan ubat, perut saya pula sakit” katanya.

Walaupun dalam keadaan yang tidak sihat, penyanyi yang popular menerusi lagu Kekal Bahagia ini masih mahu mempromosikan lagu terbarunya berjudul Saat Bahagia.

“Sebab nak promosikan lagu terbaru, biarpun masih dalam rawatan saya tetap lakukan promosi lagu tersebut di laman sosial.” ujarnya lagi.

Lagu runut bunyi (OST) untuk drama Pujaan Hati Kanda itu mula memasuki laman Youtube sejak 5 Januari lalu dan kini sudah mencecah lebih 140,000 tontonan.

Didoakan semoga Ippo Hafiz kembali sihat seperti sedia kala dan terus berjaya dalam industri muzik tanah air.

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest