Connect with us
Hot Kool Jam

Selebriti

Ismail Izani Tak Nak Sado, Sebaliknya…

Ramai artis tempatan yang gemar pergi ke gym sekarang ini kan tak kira lah samada lelaki mahupun perempuan.

Published

on

Ramai artis tempatan yang gemar pergi gym sekarang ini kan tak kira lah samada lelaki mahupun perempuan.

Namun bagi penyanyi Ismail Izzani, dia mendedahkan faktor utama dia aktif di gym bukan untuk memiliki bentuk badan yang sado sebaliknya mahu kelihatan berisi.

“Tahun lalu saya pernah main gym tapi stop sekejap dan memandangkan tahun ini macam kurus balik saya pergilah gym. Saya tak nak sado tapi berisi.

“Pergi gym bukan nak bina badan tapi sendiri jaga makanan kurangkan makan bergula dan berminyak,” katanya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Luar Biasa ini turut mendedahkan beratnya dulu hanya 47 kilogram, lalu nekad mahu melakukan perubahan pda diri.

“Sebenarnya saya dulu terlalu kurus keding dan berat pun 47 kilogram, malah pemakanan pun saya tak jaga. Jadi, sebab itulah saya buat perubahan pada diri sendiri untuk nampak sihat,” katanya.

Jadi, apa komen korang tentang penampilan baru Ismail Izani sekarang, on tak on?

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest