Connect with us
You Da Boss

Hiburan

Ismail Izzani Selesa Dengan Nabila Razali

Penyanyi Ismail Izzani mahu berlakon lagi!

Published

on

Penyanyi Ismail Izzani mahu berlakon lagi!

Kali pertama berlakon dalam telefilem Lelaki Kelas Sebelah yang disiarkan di TV3 19 Januari lalu, Ismail mahu melebarkan bakat seninya.

Dalam telefilem itu, dia bergandingan dengan Nabila Razali, memegang watak utama bernama Anas. Anas ialah seorang Instafamous yang lurus dan suka menunjukkan kegembiraanya walaupun hakikatnya perasaan adalah sebaliknya.

“Memang susah dan kekok sebenarnya untuk mencuba bidang lakonan, tetapi saya mencabar diri.

Percubaan itu, saya kira berhasil, kerana ramai suka cara saya membawa watak Anas.”

Ketika ditanya oleh BH Online mengenai pengalaman dengan Nabila, Ismail berkata, dia cukup selesa bekerja dengan penyanyi Vroom Vroom itu.

“Kami sudah beberapa kali bekerjasama di pentas nyanyian. Ketika penggambaran, saya seronok beraksi dengannya dan pelakon lain.

“Nabila sangat menyenangkan dan ‘sporting’. Insya-Allah, kalau ada tawaran berlakon, saya tak kisah hendak mencuba lagi.”

Ismail Izzani adalah yang terbaru dalam senarai penyanyi menceburi bidang lakonan.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest