Connect with us
Projek Radio

Update

Isu Scam: Deen Hot FM Dedah Kisah Hampir Menjadi Mangsa

Hati-hati guys!

Published

on

Kegiatan sindiket jenayah kewangan atau scammer bukanlah perkara baharu yang berlaku di Malaysia, malah ia sudah menjadi sesuatu lumrah yang turut berlaku di luar negara.

Terkini, penyampai radio Hot FM Deen telah menjadi salah seorang mangsa sindiket penipuan dan berkongsi kisah berkenaan menerusi laman Instagram miliknya.

Menerusi muat naik video yang berdurasi selama lebih 3 minit itu, Deen memulakan kisahnya dengan memaklumkan dia menerima sebuah panggilan telefon pada waktu pagi.

View this post on Instagram

Hati-hati guys! Pagi tadi aku dapat call daripada seorang scammer yang kata aku ada saman mahkamah. Ni aku buat video cerita pagi tadi. Penat nak tulis panjang sangat . #ScammerAlert #Scammer

A post shared by deen (@deen_hotfm) on

Operator yang bertugas kemudian memberitahu Deen mempunyai perintah saman mahkamah yang memerlukan pemuda tersebut menekan butan (0) bagi berhubung dengan pegawai mereka.

Disebabkan perasaan gerun sejurus mendengar perintah daripada mahkamah itu, Deen tanpa ragu-ragu terus menekan nombor tersebut sehingga talian itu disambungkan kepada seorang wanita.

Setelah menyatakan tujuan Deen mengangkat telefon tersebut, individu berkenaan meminta nombor kad pengenalan dan namanya.

Individu tersebut kemudian memperkenalkan dirinya dan menegaskan Deen kini mempunyai peringatan terakhir berkenaan kes langgar lari.

Keadaan menjadi tegang apabila individu tersebut enggan memberi nombor rujukan kes tersebut. Tambahan pula, Deen mengetahui dan yakin bahawa dia tidak pernah berbuat demikian selain mahu membawa perkara ini kepada pihak polis.

Deen pada akhir video tersebut memberitahu bahawa dia akan ke balai polis untuk tindakan lanjut selain mengingatkan pengikutnya agar turut berhati-hati.

 

Sumber daripada: Instagram deen_hotfm

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest