Connect with us
Duit Dari Kayangan

Drama

It’s Okay to Not Be Okay Tamat, Penonton Malaysia Berterima Kasih

Ala!!!

Published

on

Drama Korea It’s Okay to Not Be Okay yang ditayangkan pada 9 Ogos 2020 akhirnya melabuhkan tirainya setelah 16 episod ditayangkan menerusi saluran tempatan TvN dan platform penstriman Netflix.

Drama yang dibintangi pelakon termahal di Korea Selatan, Kim Soo Hyun ini memberikan kesan yang amat mendalam kepada penonton kerana lakonannya yang hebat serta dekat di hati ramai.

Di Malaysia, tamatnya drama ini diperbincangkan hingga ia menjadi sohor kini (trending) di laman Twitter.

Penonton mengucapkan terima kasih atas penayangan drama yang penuh dengan pengajaran ini di mana ia sudah menemani mereka hampir 8 minggu setiap Sabtu dan Ahad.

Yang paling menarik, drama tersebut berakhir dengan ketiga-tiga watak yang dimainkan mempunyai pengembangan watak terbaik dalam diri masing-masing.

Sang Tae menjadi lebih berdikari, Mun Yeong pulih daripada masa lalu, dan Gang Tae mencintai dirinya terlebih dahulu.

Terdapat juga yang menganggap ia sebuah karya yang sangat hebat selain melahirkan penghargaan buat penulis dan penerbit drama terbabit.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest