Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Inspirasi

Jam Hot: 3 Makanan Pelik Yang Diidamkan Isteri Semasa Mengandung

Anda mengidam apa?

Published

on

Umum mengetahui bahawa ibu yang hamil dan mengidam sesuatu makanan adalah perkara biasa ketika menjalani proses mengandung. Ada yang ingin menjamu makanan yang sukar dicari, dan terdapat juga ibu-ibu mengandung ini membuat permintaan pelik.

Menurut kepercayaan masyarakat Melayu terdahulu, jika tidak diikutkan kehendak ibu yang hamil ini nescaya bayi yang akan lahir akan mengeluarkan air liur yang banyak kerana permintaan ibunya tidak dipenuhi. Namun, ada juga yang tidak percaya dengan kenyataan tersebut.

Mengidam ialah keinginan yang terlalu tinggi untuk makan makanan yang jarang dimakan atau melakukan sesuatu yang pelik.

Seperti contoh pelakon Nur Fazura yang baru-baru ini mengumumkan kehamilannya kepada umum. Sejurus dihujani ucapan tahniah, pelakon yang juga isteri kepada aktor Fattah Amin itu telah memuat naik satu status di laman Twitter miliknya dengan menyatakan kehendaknya untuk memakan ayam penyet.

Fazura Mengidam Ayam Penyet, Fattah Amin Minta Bantuan Netizen

Bagaimanapun, perkara tersebut telah dibincangkan oleh penyampai radio Hot FM, Deen & Haziq menerusi slot petang iaitu Jam Hot dengan mengajukan soalan berkenaan pengalaman para suami dalam menjaga isteri yang hamil.

Ramai yang telah memberi respon dengan ciapan berkenaan termasuklah seperti berikut:-

Namun, terdapat individu yang membalas ciapan berkenaan dengan jawapan yang hiba:-

Menurutnya, wanita berkenaan tidak sempat untuk merasai pengalaman mengidam susulan kerap mengalami keguguran.

Hot FM turut bersimpati dengan wanita berkenaan dan semoga dia kekal tabah serta kuat untuk mengharungi dugaan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest