Connect with us

Filem

James Bond Kembali dalam Trailer Pertama No Time To Die

Nantikan 8 April 2020 ini!

Published

on

No Time to Die bakal menjadi filem James Bond yang ke-25 yang akan dilancarkan pada tahun 2020 dengan membawa kembali aksi Daniel Craig menentang bahaya.

Seperti mana yang ditulis menerusi sinopsis filem tersebut, James Bond semestinya tidak akan muncul menghadapi watak antagonis ‘Spectre’ (2015).

Bond turut telah berhenti bertugas dan menikmati kehidupan yang tenang di Jamaica. Namun kedamaian dan ketenangan yang dilalui olehnya tidak akan berakhir disitu sahaja.

Beliau akan berperanan sebagai individu yang menyelamatkan seorang ilmuwan dan kali ini membawanya bertemu dengan watak misteri yang memiliki senjata berteknologi baru serta berbahaya.

Selain itu, filem ini juga bakal menampilkan satu agen baru yang akan di lakonkan oleh Lashana Lynch seperti dalam trailer yang dilancarkan semalam.

Rami Malek turut tidak ketinggalan memegang watak antagonis bernama Safin.

No Time to Die yang diarahkan oleh Cary Joji Fukunaga akan menemui penonton di pawagam pada 8 April 2020.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest