Connect with us
Nite Jam

Jamming Hot

Kaca – Neon

Band yang sering dikatakan mirip band Indonesia ini sedang mendaki puncak dan mencipta nama. Mempertaruhkan Cinta Yang Telah Mati apabila muncul dalam industri muzik tanah air merupakan benchmark untuk mereka terus berkarya. Tidak mengecewakan apabila kini muncul pula dengan lagu yang berjudul Kaca yang kami nampak ada potensi untuk band ini terus mengorak langkah. Perlu ada direction yang solid untuk mereka terus bergerak maju. Enjoy dengan lagu yang memberi mesej perselingkuhan itu tidak patut wujud, dengarkan di Jamming Hot....

Kisah Cinta Kita – Hafiz Suip

Jamming Hot kali ini cukup beruntung kerana Hafiz Suip sudi meluangkan masa untuk buat jamming menerusi lagu Kisah Cinta Kita. Thank you Hafiz! Untuk video clip lagu ini Hafiz dikatakan bercumbu demi mendapatkan feel dan dia tak kisah apa yang orang ingin interpretasikan. Katanya, apa yang dipaparkan dalam muzik video ini adalah penceritaan kisah cinta yang relevan dengan sesiapapun. Kisah Cinta Kita adalah gubahan komposer Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali, dan liriknya ditulis oleh Datuk A. Aida....

Vibrasi (Dua Arah) – Nidji

Ini merupakan single religi pertama Nidji dengan formasi terbaru mereka yang menampilkan Ubay vokalis baru. Menurut Ubay menyanyikan lagu ini tak mudah baginya kerana lirik ini sangat relate dengan kehidupannya yang terdahulu. Dulunya dia mengakui dia seorang yang kurang bersyukur, terlampau fokus bekerja membuatkan dia jauh dari Tuhan. Mesej lagu ini juga secara tak langsung mengajak kita untuk berserah pada Tuhan walau apapun situasi yang dialami. Hayati lagu religi yang kental dengan irama pop dan memiliki makna yang dalam dan mengingatkan untuk selalu ikhlas dan berserah diri setelah berusaha melakukan yang terbaik....

Sesungguhnya 2019 – Alif Satar x Raihan

Ini adalah gandingan yang menakjubkan yang kami boleh katakan untuk lagu religi tahun ini. Ramai yang menganggap lagu ini boleh relate dengan mereka kerana mungkin mereka membesar dengan lagu-lagu Raihan dan ditambah element vocal baru iaitu Alif Satar yang boleh dikatakan Malaysia sweetheart sekarang ni. Kolaborasi ini berjalan dengan baik kerana Alif Satar merupakan peminat kumpulan Raihan sejak kecil dan bila mula-mula disuarakan kepada Alif Satar untuk projek baru ini tentunya beliau menyambut respond tersebut dengan reaksi yang positif. Pada kami, ini sebuah projek yang sempurna di bulan mulia ini kerana lagu ini berunsurkan religi dan mesejnya tentulah mengagungkan Yang Esa. Tak nak cakap banyak, sesiapa yang perlukan ketenangan hati sekarang ni,.. ini adalah salah satu lagu yang memang kami recommend untuk anda dengar. Ps: prepare tisu pls!...

Hari Ini – Hael Husaini

Single Hael, Hari Ini menampilkan sisi lain beliau sebagai seorang penyanyi pop yang mana sebelum ini mengetengahkan lagu versi nakal. Pertaruhan kali ini mengenai dugaan yang dilalui pasangan dalam berumah tangga. Menurutnya hatinya terkesan setelah membaca pelbagai perkongsian, termasuk daripada pasangan yang berdepan dugaan berat hidup rumah tangga. Mampukah lagu ini mengulangi kejayaan Hael di pentas AJL? Terlalu awal ramalan itu, kita enjoy dulu dalam versi Jamming Hot....

Terlalu Memuja – Wany Hasrita

Lagu yang ada kaitan dengan dirinya membuatkan Bintang Paling Popular ABPBH ke 31 tidak dapat menahan sebak ketika merakamkan lagunya ini. Pengalaman pahit yang dilaluinya sebelum ini memudahkan proses rakaman yang mana lagu ini menuntut penghayatan yang sangat mendalam. Lagu ini juga menampilkan sisi berbeza nyanyian Wany yang lebih matang dan mencabar. Wany turut mencabar dirinya menyanyikan lagu yang lebih berat, sekali gus membawa dia keluar dari ruang selesa. Jom layan perasaan lagu ini menerusi sessi ekslusif Jamming Hot....

Mencuba – Sufian Suhaimi

Sufian Suhaimi kembali mempertaruhkan single terbaru yang berjudul Mencuba. Muncul seiring dengan video klip, selepas 4 hari ditayang di youtube lagu ini berjaya mencecah 1 juta tontonan. Tentunya ia satu record peribadi terbaik buat penyanyi kelahiran Mersing ini. Dalam video klip ni ada la scene memaparkan Sufian menaiki helikopter dan sekali gus mendapat usikan nakal daripada netizen yang mengaitkan scene itu mengimbau kembali moment indah bersama dengan bekas tunangnya tak lama dulu. Jom enjoy Mencuba dalam versi Jamming Hot! ...

Mana Ada Hati – Ayda Jebat

Percubaan memiliki lagu berentak balada adalah sebuah explorasi dari Ayda Jebat dan ianya juga merupakan hadiah harijadi beliau kepada peminatnya. Ianya sebagai apresiasi untuk setiap peminat yang tidak lelah menyokong perjalanan seninya. Lagu yang merupakan hasil nukilan Ayda Jebat adalah kolabrasi bersama komposer Indonesia, Irwan Simanjuntak. Dalam sessi jamming ekslusif bersama Hot FM, Jamming Hot mempersembahkan kepada anda Mana Ada Hati....

Tetap Kamu – Amylea Ft. Megat (OST Nur 2)

Tertekan mencari pengganti untuk duet bagi OST Nur 2 menyebabkan Amylea hampir give up. Dia nyaris menolak untuk projek tersebut kalau tidak bertemu penyanyi yang betul-betul sesuai, alasannya ialah tidak mahu tangkap muat. Hasil kesabaran membuahkan hasil apabila bertemu gandingan vokal yang sesuai iaitu Megat Mentor. Tetap Kamu merupakan kesinambungan bagi lagu Tak Pernah Hilang gandingan Amylea dan Kaer sebelum ini. Kali ini kami persembahkan kepada anda menerusi Jamming Hot, silalah berhibur! ...

Peneman – Hazama

Peneman antara buah tangan terbaru daripada Hazama yang mana pada Mac lalu turut menjayakan Hot FM Big Jam. Lagu yang diangkat sebagai lagu tema drama bersiri Asalkan Dia Bahagia lakonan Ayda Jebat itu merupakan hasil ciptaan sepenuhnya daripada Tam Spider. Lagu genre balada rock ini dilengkapi dengan vokal serak-serak basah Hazama, mengambil inpirasi dari pengalaman cintanya sendiri untuk menyampaikan lagu ini bagi menterjemahkan rasa cinta seorang lelaki terhadap teman hidupnya....

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement