Connect with us
Hot Kool Jam

Jamming Hot

Terlalu Memuja – Wany Hasrita

Lagu yang ada kaitan dengan dirinya membuatkan Bintang Paling Popular ABPBH ke 31 tidak dapat menahan sebak ketika merakamkan lagunya ini. Pengalaman pahit yang dilaluinya sebelum ini memudahkan proses rakaman yang mana lagu ini menuntut penghayatan yang sangat mendalam. Lagu ini juga menampilkan sisi berbeza nyanyian Wany yang lebih matang dan mencabar. Wany turut mencabar dirinya menyanyikan lagu yang lebih berat, sekali gus membawa dia keluar dari ruang selesa. Jom layan perasaan lagu ini menerusi sessi ekslusif Jamming Hot....

Mencuba – Sufian Suhaimi

Sufian Suhaimi kembali mempertaruhkan single terbaru yang berjudul Mencuba. Muncul seiring dengan video klip, selepas 4 hari ditayang di youtube lagu ini berjaya mencecah 1 juta tontonan. Tentunya ia satu record peribadi terbaik buat penyanyi kelahiran Mersing ini. Dalam video klip ni ada la scene memaparkan Sufian menaiki helikopter dan sekali gus mendapat usikan nakal daripada netizen yang mengaitkan scene itu mengimbau kembali moment indah bersama dengan bekas tunangnya tak lama dulu. Jom enjoy Mencuba dalam versi Jamming Hot! ...

Mana Ada Hati – Ayda Jebat

Percubaan memiliki lagu berentak balada adalah sebuah explorasi dari Ayda Jebat dan ianya juga merupakan hadiah harijadi beliau kepada peminatnya. Ianya sebagai apresiasi untuk setiap peminat yang tidak lelah menyokong perjalanan seninya. Lagu yang merupakan hasil nukilan Ayda Jebat adalah kolabrasi bersama komposer Indonesia, Irwan Simanjuntak. Dalam sessi jamming ekslusif bersama Hot FM, Jamming Hot mempersembahkan kepada anda Mana Ada Hati....

Tetap Kamu – Amylea Ft. Megat (OST Nur 2)

Tertekan mencari pengganti untuk duet bagi OST Nur 2 menyebabkan Amylea hampir give up. Dia nyaris menolak untuk projek tersebut kalau tidak bertemu penyanyi yang betul-betul sesuai, alasannya ialah tidak mahu tangkap muat. Hasil kesabaran membuahkan hasil apabila bertemu gandingan vokal yang sesuai iaitu Megat Mentor. Tetap Kamu merupakan kesinambungan bagi lagu Tak Pernah Hilang gandingan Amylea dan Kaer sebelum ini. Kali ini kami persembahkan kepada anda menerusi Jamming Hot, silalah berhibur! ...

Peneman – Hazama

Peneman antara buah tangan terbaru daripada Hazama yang mana pada Mac lalu turut menjayakan Hot FM Big Jam. Lagu yang diangkat sebagai lagu tema drama bersiri Asalkan Dia Bahagia lakonan Ayda Jebat itu merupakan hasil ciptaan sepenuhnya daripada Tam Spider. Lagu genre balada rock ini dilengkapi dengan vokal serak-serak basah Hazama, mengambil inpirasi dari pengalaman cintanya sendiri untuk menyampaikan lagu ini bagi menterjemahkan rasa cinta seorang lelaki terhadap teman hidupnya....

Saat Bahagia – Ippo Hafiz ft Sheryl Shazwanie

Lagu dari OST Pujaan Hati Kanda merupakan lagu yang dihasilkan oleh Ippo Hafiz sebagai luahan hatinya ketika awal perkenalan dengan Fara yang juga model untuk video muzik lagu ini. Ippo tidak menduga lagu yang dihasilkan ketika berkenalan dengan Fara Roslan menjadi doa yang membawa mereka ke jenjang pelamin...

Perasaanku – Fieya Julia

Penyanyi asal Kuching Sarawak ini aktif berkongsi video lagu cover di laman Youtube sejak tahun 2012. Sejak Perasaanku dimuatnaik di Youtube pada Julai 2018 yang lalu, ianya telah ditonton lebih 970,000 kali. Tonton juga versi live daripada Fieya Julia di Jamming Hot ...

Drama Band – Drama

Jalan cerita untuk video klip lagu daripada Drama Band ini dianggap menangguk di air keruh kerana mempersenda beberapa selebriti yang pernah berdepan kontroversi. Namun mesej tersirat yang ingin ditampilkan ialah karektor badut dalam video terbabit dengan menggunakan watak lain untuk menutup keburukannya. Namun yang paling utama lagu dan melodi untuk karya Drama kali ini tampak semakin 'senior' dan membuatkan lagu ini mendapat tempat di hati penikmat muzik. Enjoy sessi Jamming Hot bersama Drama Band....

Amir Masdi – Puas

Amir Masdi pernah juarai sebuah program realiti pada tahun 2016 dan pernah keluarkan single lain sebelum ini. Terus mengorak langkah, Amir pertaruhkan pula lagu Puas untuk penikmat muzik terus menghayati karyanya....

Dinda – Masdo

Kumpulan yang ditubuhkan pada 2015 pantas meraih populariti walaupun masih ‘hijau’ dalam arus perdana. Kumpulan yang memperjuangkan genre pop klasik dengan mengambil aura lagu Melayu era 1960-an digabung dengan pop masa kini sebelum ini dikenali sebagai The Lipstik...

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement