Connect with us
Hot Kool Jam

Eksklusif

Jangan Harap Boleh ‘Survive’ Belajar Di Luar Negara Kalau Tak Kental 3 Perkara Ini

Kalau diri tak kental, mahu terkandas di tengah jalan. Mintak simpang malaikat 44!

Published

on

Siapa je yang tak berangan melanjutkan pengajian ke luar negara? Ya lah..nampak indah je semua kan tapi sedarlah, ingat senang ke nak harungi liku-liku bergelar pelajar oversea. Kalau diri tak kental, mahu terkandas di tengah jalan. Mintak simpang malaikat 44! Jadi bagi anda yang menyimpan cita-cita belajar di luar negara anda perlu kental. Kental apa? Kenal pasti kekentalan berikut agar dapat menjadi garis panduan buat anda :

1) Kental Mental

Image result for commit suicide

Jangan terkejut kalau ada yang nekad bunuh diri kerana tiada kekuatan mental.

Mental boleh jadi down  bila anda seorang sahaja dari Malaysia. Rakan-rakan sekelas pula bijak-bijak belaka. Sedikit sebanyak ini mampu buat kita rasa terpinggir. Lebih parah bila dapat berita kematian atau ahli keluarga tidak sihat. Sudahlah jauh , pada masa yang sama tugasan bertimbun pula tu dan mungkin tengah musim peperiksaan. Kalau tak ada persediaan mental untuk ini , jangan terkejut kalau berlaku tragedi bunuh-bunuh diri. Jadi dalam membantu diri, pastikan anda bergaul dan eratkan silaturrahim dengan masyarakat Malaysia di sana yang boleh kita anggap keluarga.

2) Kental  Fizikal

Image result for body builder

Tak perlulah bina otot bagai semata-mata untuk mempamerkan kekuatan fizikal, yang penting sihat tubuh badan dan cukup tenaga.

Bila kita dah biasa dengan Malaysia yang hanya satu musim, memang mencabar fizikal sebenarnya bila terpaksa berhadapan dengan negara 4 musim. Siang lebih panjang, atau malam lebih panjang, waktu solat yang tak tetap. Ini semua bergantung kepada pengurusan masa yang baik, jadual makan yang teratur untuk menyumbang pada persediaan fizikal. Jangan terkejut kalau sukarnya nak dapatkan rawatan perkhidmatan doktor seperti di Malaysia atau pun bekalan ubat. Jadi amalkan gaya hidup sihat dan belajar masak ya, pasti dapat membantu.

3) Kental Ilmu Agama

Image result for muslimah cantik

Jaga iman, itulah kunci utama untuk sukses dan ‘survive’ di perantauan.

Bab ni paling wajib. Tak perlu jadi warak bagai, memadai sekadar melengkapkan diri dengan ilmu agama supaya aqidah dapat dipelihara. Kadang-kadang tu terpaksa berdepan dengan situasi yang menyukarkan seperti makanan halal yang terhad, jadual kelas clash  dengan waktu solat jumaat, tak ada tempat solat yang khusus dan sebagainya. Jadi banyak yang perlu kita bekalkan dari segi ilmu interaksi fiqh dengan golongan mat salleh, solat jamak/qasar, cara sembelih binatang dan macam-macam lagi !

Jadi amacam? Anda rasa anda mampu? Anda kuat? Yakin boleh hadap apa yang bakal melanda? Kalau ya, anda bolehlah mohon masuk Kolej Poly Tech Mara sebab di KPTM pun dapat belajar di luar negara. Jadi jom masuk KPTM! Mohonlah bagi pengambilan sesi Julai, September dan November 2019. Ikuti pelbagai peringkat pengajian bersama pensyarah bertauliah di kampus yang kondusif, serba lengkap dan insentif menarik menanti.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest