Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

“Jangan Kata Ane Tak Payung”- Netizen Puji Usaha Pekerja Mamak Payung Pelanggan Ketika Hujan Lebat

Bukan kaleng-kaleng…

Published

on

Tidak dapat dinafikan, rakyat Malaysia cukup sinonim dengan kedai mamak. Tidak kira waktu pagi, tengah hari atau malam, mesti akan ada pelanggan makan atau melepak di kedai mamak.

Baru-baru ini tular di laman sosial Twitter, seorang pengguna @redzuyunus berkongsi video telatah pekerja restoran mamak di Restoran E&Y SAHUL Tmn Adda Heights, Johor itu yang sememangnya patut mendapat pujian!

Menerusi perkongsian video itu, menunjukkan pekerja tersebut menjemput pelanggan daripada pintu kereta dengan payung gerai yang besar untuk dibawa masuk ke dalam restoran dalam keadaan hujan lebat.

“Sampai macam ni sekali jaga customer. Respect!” 

Mamak! Roti Canai Satu! – Kenapa Bisnes Restoran Mamak Tak Mudah Gulung Tikar?

Gambar sekadar hiasan

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan pekerja terbabit yang rajin dan mengutamakan keselesaan pelanggan.

“mamak jugak bagus, kalau kedai melayu nak panggil suruh kira pon dia suruh datang dekat kaunter, dasar berat bontot! haha” – @shzwnalfan

“perkerja kedai ni serious baik tho , mcm boleh buat kawan lepastu mmg jaga customers lahhh , i dari kecik selalu dtg kedai mamak ni sebab dkt dgn rumahh smpai skrg lahh” – @ainasyahhhh

“dlm bisnes benda yg paling utama adalah service…kalau service ko cantik mesti org ramai akan dtg balik kt kdai ko….” – @sabrie80

Tidak ketinggalan, ada juga yang menyamakan tindakan pekerja mamak itu dengan drama Korea Was It Love lakonan Song Ji hyo.

Image

Alahai macam-macam la warganet ni! Apa pun terbaik lah pekerja mamak restoran ni, Salute!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest